Susah payah beli di Malaysia
iklan berkenaan akan dikeluarkan serta merta daripada laman web dan pengiklan akan disekat daripada memuat naik sebarang iklan lain,” katanya.
Katanya, sejak mudah.com beroperasi pada November 2007, laman web itu sudah mengenakan tindakan menyekat akaun penjual atau pengiklan yang dikesan menipu pengguna.
“Walau bagaimanapun, langkah pencegahan ini memerlukan kerjasama daripada pengguna sendiri. Oleh itu, penting untuk mereka lebih berhati-hati sekiranya terdapat penawaran harga luar biasa bagi jualan barang atau perkhidmatan diiklankan,” katanya. Kajang: “Saya pelik apabila pembeli (ahli sindiket) bersungguh-sungguh mahu membeli telefon pintar ditawarkan itu sedangkan dia berada di Kanada. Kenapa perlu bersusah payah untuk membelinya di Malaysia,” kata seorang usahawan, Mohd Hamdan Ismail, 34.
Menurutnya, dia terkejut apabila dihubungi seorang ‘pembeli segera’ selepas tidak sampai lima minit mengiklankan telefon pintar model iPhone itu untuk dijual melalui laman jualan barang popular di negara ini.
“Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Helmi itu menghubungi saya melalui aplikasi WhatsApp menyatakan minat untuk membeli telefon pintar yang saya iklankan itu.
“Dia mendakwa mahu menghadiahkan telefon itu untuk adiknya di Amerika Syarikat. Dia memberitahu akan melakukan pemindahan wang segera melalui sebuah bank di Kanada,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian menerima kiriman e-mel daripada individu mendakwa sebagai pegawai bank di Kanada memintanya membayar caj proses pemindahan wang ke Malaysia.
“Mujur saya tidak tergesa-gesa membayar RM500 seperti diminta selepas dinasihati rakan-rakan. hasil semakan mendapati laman web bank di Kanada itu adalah palsu walaupun menggunakan logo bank yang sama.
“Dia di Kanada dan mahu membelikan telefon pintar untuk adiknya di Amerika Syarikat. Itu sahaja sudah cukup menimbulkan rasa curiga. Kenapa perlu bersusah payah membeli di Malaysia?” ujarnya.