NS mampu capai sasaran
Seremban: “Jika prestasi cemerlang dipamerkan pasukan Negeri Sembilan setakat ini berterusan, peluang untuk merealisasikan sasaran ditetapkan musim ini cerah.
“Bagaimanapun perjalanan liga masih jauh kerana pasukan baru saja menamatkan tujuh perlawanan dan mereka perlu meningkatkan persembahan kerana saya dapati masih ada beberapa kelemahan termasuk di bahagian serangan,” kata Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan.
Negeri Sembilan merekodkan enam kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana, tidak termasuk aksi menentang Kuala Lumpur yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Mohamad berkata, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan prestasi baik pasukan itu musim ini dan antaranya kewibawaan empat pemain import Bruno Suzuki dari Jepun, Lee Tuck (England), Nemanja Vidic (Serbia) dan Marko Simic (Croatia).
“Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini pemilihan pemain import musim ini dibuat secara teliti, malah dua bulan lebih awal sebelum liga bermula. Saya sendiri turut ambil bahagian dalam pemilihan itu.
“Selepas berlalu beberapa perlawanan, kita dapat lihat kemampuan serta prestasi dipamerkan pemain import ini dan menerusi sokongan serta kerjasama mantap pemain tempatan, nyata mereka memberikan sumbangan yang bagus dalam membantu pasukan mendapatkan kemenangan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri, kelmarin.
Mohamad juga berkata, semangat berpasukan tinggi dibentuk dalam pasukan itu dalam kalangan semua pemain antara elemen penting yang turut membantu kepada pencapaian pasukan setakat ini.
Justeru itu, beliau mahu anak buah Asri Ninggal terus bekerja keras meningkatkan persembahan supaya mereka boleh berdepan dengan mana-mana pasukan sama ada liga mahupun Piala FA dan seterusnya mencapai keputusan memuaskan.
“Mereka tidak boleh leka dan cepat berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya perlu terus bekerja keras untuk tingkatkan prestasi dengan menganggap setiap perlawanan adalah final.
“Momentum kemenangan perlu terus dikekalkan kerana dapat memastikan impian untuk layak ke
Liga Super musim
2018, tercapai,” katanya.
AirAsia meneruskan program tahunan mereka dengan menghantar lapan bakat muda bola sepak dari Asia ke London, United Kingdom untuk menjalani latihan khas dan menimba pengalaman bersama pasukan Queens Park Rangers Football Club (QPR).
Lapan bakat muda ini terpilih sebagai pemenang program klinik kejurulatihan AirAsia-QPR yang dijalankan hujung tahun lalu dalam usaha menyediakan platform pemain tempatan mengasah kemahiran mereka.
Klinik Kejurulatihan yang dikendalikan barisan jurulatih pasukan QPR pada 23 November hingga 3 Disember tahun lalu itu diadakan di beberapa lokasi antaranya Pulau Pinang, Bangkok, Bandung dan Shenzen dengan