Harian Metro

ANAK ‘REJECT’

Ada yang memberi alasan sukar kawal kelakuan anak angkat, sesetengah­nya pula mendakwa tidak berkenan dengan warna kulit kanak-kanak itu yang berubah seiring peningkata­n usia, malah lebih parah ada yang mengatakan tidak suka budak berambut kerinting. Itu

- LAPOR NUR LELA ZULKIPLI

Rutin harian yang dijalani Daniel (bukan nama sebenar) di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Sultanah Hajjah Kalsom di Pekan, Pahang sama seperti penghuni lain, namun jauh di sudut hatinya sering terbayangk­an wajah bekas ibu bapa angkat yang memulangka­nnya semula kepada institusi itu kira-kira tiga bulan lalu.

Difahamkan, Daniel yang berusia 10 tahun diserahkan kepada keluarga angkat yang mengingink­an anak selepas lama berkahwin, namun tempoh bahagia Daniel merasai hidup berkeluarg­a hanya bertahan selama dua bulan.

Menurut Daniel, dia akui antara detik paling manis dalam hidupnya adalah apabila dapat memanggil ibu dan ayah buat kali pertama biarpun dia menyedari mereka bukan ibu bapa kandung.

“Saya dilayan dengan baik ketika berada di rumah dan boleh lakukan apa saja yang saya inginkan. Tiada peraturan ketat seperti di asrama sehingga membuatkan saya sudah mula jatuh cinta dengan kehidupan berkeluarg­a.

“Pertama kali juga saya dilayan dengan begitu istimewa tanpa perlu berkongsi kasih dengan kanak-kanak lain. Jika di RKK, semua kanak-kanak dilayan sama rata namun di rumah saya dimanjakan dengan pelbagai permainan,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Daniel antara 24 kanak-kanak yang dipulangka­n semula ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatka­n semula di RKK sejak 2010.

Daniel yang diabaikan keluarga kandungnya sejak bayi itu bagaimanap­un masih meletakkan harapan tinggi untuk bersama semula dengan bekas keluarga angkatnya biarpun dia dipulangka­n tanpa pengetahua­nnya.

Lebih pilu, Daniel dipulangka­n tanpa dimaklumka­n oleh bapa angkatnya yang dianggap sebagai ‘hero’ dalam hidupnya dan masih menunggu saat dia diambil semula.

Bila Daniel boleh pulang semula? Daniel nak duduk dengan ayah. Daniel akan tunggu di sini sampai ayah ambil”

Daniel

“Bila Daniel boleh pulang semula? Daniel nak duduk dengan ayah. Daniel akan tunggu di sini sampai ayah ambil.

“Daniel janji tidak akan nakal lagi. Daniel hanya mahu kasih sayang daripada ibu dan ayah di rumah,” katanya.

Metro Ahad dimaklumka­n bekas keluarga angkat memulangka­n semula Daniel kepada JKM atas alasan sukar mengawal kelakuan kanak-kanak itu.

Mengulas perkara berkenaan, Pengetua RKK Sultanah Hajjah Kalsom Norsuriani Khamarludi­n terkejut dengan dakwaan bekas keluarga angkat Daniel berikutan kanak-kanak itu direkodkan sebagai penghuni yang baik.

“Apabila Daniel dipulangka­n semula ke RKK, saya sudah dapat jangka dia akan bertanyaka­n mengapa dia dipulangka­n semula dan bila dia dapat pulang ke rumah semula.

“Setiap hari Daniel mencari saya di pejabat untuk bertanyaka­n bila dia boleh pulang ke rumah sedangkan hakikatnya bekas keluarga angkat tidak mahukannya lagi.

“Situasi ini memberi tekanan bukan saja kepada kanak-kanak itu sendiri, malah kepada pegawai di RKK yang perlu mencari jawapan sesuai kepada semua persoalan yang belum tentu boleh diterima oleh kanak-kanak itu,” katanya.

Katanya, tidak dinafikan sudah menjadi tugas hakiki kaunselor untuk memastikan emosi kanak-kanak ini stabil, namun memori dan kenangan manis yang diperoleh di rumah keluarga angkat menyukarka­n usaha pihak kaunselor.

“Kanak-kanak akan mengingati semua pengalaman manis ketika di rumah termasuk layanan baik terhadap mereka yang sering mengambil berat.

“Jadi, apabila semua itu ditarik balik, kanak-kanak boleh menjadi murung dan beranggapa­n mereka tidak layak untuk disayangi oleh sesiapa berpunca daripada kisah silam dan ditolak semula oleh keluarga angkat,” katanya.

Bagaimanap­un, dalam kes Daniel, pihak RKK berkenaan sudah pun sedaya upaya mengembali­kan kestabilan emosi kanak-kanak itu supaya tidak murung mengenangk­an bekas keluarga angkat yang menolaknya.

“Daniel nampak semakin pulih dan tidak lagi menyendiri seperti mula-mula dia dipulangka­n ke sini. Namun, setiap kali tiba cuti sekolah dia akan bertanyaka­n kepada penjaga bila bapa angkatnya akan mengambiln­ya pulang.

“Kita di sini akan cuba menarik perhatian penghuni di sini supaya tidak terlalu mengenangk­an nasib mereka dengan mengadakan aktiviti menarik dan bermanfaat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia