Harian Metro

WAJAH ‘BARU’ SI CILIK

„ Bayi 10 bulan hidap ekzema kronik tunjuk perkembang­an positif

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah, keadaan anak kini semakin baik. Lebih menggembir­akan, dia sudah boleh senyum. Kesan luka akibat digaru dan bintik merah kecil di mukanya semakin berkuranga­n selain ia tidak berair,” kata Ahmad Safawi Othman, 29.

Ahmad Safawi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Raub adalah bapa kepada bayi berusia 10 bulan, Muhammad Hudzaifah yang menderita penyakit kulit kronik dikenali sebagai ekzema sejak dilahirkan.

Penderitaa­n bayi itu mendapat perhatian orang ramai selepas tular di laman sosial, malah Harian Metro turut melaporkan kisahnya.

Katanya yang tinggal di Kampung Sempang Baru, di sini, selepas menerima rawatan hampir seminggu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada awal Februari lalu, keadaan anak bongsu daripada lima beradik itu menunjukka­n perkembang­an positif.

“Berat badan anak semakin meningkat kerana dia lalu makan dan boleh tidur lena, tidak seperti dulu ketika dia kerap terjaga kerana tidak selesa akibat gatal di kulitnya.

“Biarpun begitu, kami mengawal rapi pemakanann­ya dan memantau di tengah malam kerana bimbang dia terjaga dan kembali menggaru.

“Selain itu, dia semakin aktif dan gembira kerana dapat bermain bersama kakaknya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahmad Safawi berkata, sejak kisah anaknya tular, banyak pihak tampil menghulurk­an sumbangan.

“Hanya ucapan terima kasih dapat saya berikan atas sumbangan daripada segi kewangan selain mendoakan kesejahter­aan anak. Semoga Allah dapat membalas setiap kebaikan yang mereka lakukan,” katanya yang turut memaklumka­n akan bertugas di kampungnya di Jerantut tidak lama lagi.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR terkini Muhammad Hudzaifah beransur pulih daripada penyakit kulit yang dihidap sejak lahir.
GAMBAR terkini Muhammad Hudzaifah beransur pulih daripada penyakit kulit yang dihidap sejak lahir.
 ??  ?? KEADAAN sebelum mendapatka­n rawatan.
KEADAAN sebelum mendapatka­n rawatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia