Harian Metro

EPISOD TERPILU ISTERI

Wanita terduduk suami putus kepala dirempuh pacuan empat roda

- 6

Seorang isteri hanya mampu melihat mayat suaminya terbaring di atas jalan raya dalam keadaan kepalanya bercerai daripada tubuh selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan di Jalan Tuaran berhampira­n Sekolah Menengah (SM) Shan Tao, Likas, di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.14 pagi itu, mangsa, Lee Thien Yu, 62, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa memakai tongkat bersama isterinya melintas jalan dari arah kanan ke seberang jalan untuk menunggu bas.

Ketika mereka tiba di pembahagi jalan, isteri mangsa terus melintas ke seberang jalan dan mangsa mengikutin­ya.

Bagaimanap­un, mangsa tidak sempat sampai ke seberang jalan dan dirempuh kenderaan jenis Toyota Fortuner yang datang dari arah Inanam ke pusat bandar raya.

Isteri mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas menoleh ke belakang dan terkejut melihat mayat suaminya terbaring di atas jalan raya.

Lebih menyedihka­n, kepala suaminya bercerai daripada tubuh sebelum tercampak di pembahagi jalan sejauh 10 meter dari badannya.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan dipandu di lorong

Akibat rempuhan itu, kepala mangsa putus dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian”

M Chandra

kanan dari arah Inanam menuju ke pusat bandar raya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dari arah kanan ke kiri jalan tiba-tiba melintas jalan sebelum dirempuh oleh kenderaan berkenaan.

“Akibat rempuhan berkenaan, kepala mangsa putus dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Chandra berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian mangsa yang tidak memastikan laluan jalan raya selamat, sebelum melintas jalan.

“Terdapat laluan jejantas untuk pejalan kaki pada jarak hampir 100 meter dari lokasi kejadian namun siasatan masih diteruskan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HQE untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Chandra, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD ADAM ARININ ?? ISTERI mangsa terduduk sugul selepas terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya. KEADAAN mayat man gs a. ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
FOTO: MOHD ADAM ARININ ISTERI mangsa terduduk sugul selepas terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya. KEADAAN mayat man gs a. ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia