Harian Metro

RM3 BOLEH KENYANG

- Hamzah Osman am@hmetro.com.my

„ Usahawan perkenal konsep dapur rakyat bantu orang ramai berikutan kenaikan kos sara hidup

Bayar RM3, makan sampai kenyang. Itu konsep berniaga sambil beramal yang diperkenal­kan seorang usahawan Bumiputera muda, di sini, bagi memberi peluang kepada keluarga besar untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah sambil berjimat.

Faiz Fahmi Sazali, 28, yang juga Pengarah Urusan Bin Ali Group berkata, konsep itu diperkenal­kan bersama rakannya, Harizan Osman, 43, menerusi projek Dapur Rakyat Langkawi (DRL) di Langkawi Chef Corner di Padang Matsirat, di sini, semalam.

“Menerusi projek ini, orang ramai yang hadir bersama keluarga boleh memilih dan menikmati lebih 10 juadah disediakan secara layan diri dan makan sampai kenyang pada harga RM3.

“Bagaimanap­un, mereka yang ingin menyertai projek bermula jam 11 pagi hingga makanan habis setiap hari perlu mendaftar dengan kami,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Faiz Fahmi berkata, buat permulaan pihaknya berhasrat mendaftar 500 ahli DRL terdiri pelbagai latar belakang dan sasaran keseluruha­n 2,000 orang.

“DRL adalah projek kebajikan

kedua saya bertujuan membantu orang ramai ekoran kenai- kan kos hidup selepas Projek Dobi RM1 yang dilaksanak­an selama dua hari berakhir semalam (kelmarin).

“Bagi orang awam khususnya pelancong yang tidak mendaftar sebagai ahli, mereka boleh menikmati juadah sama dan makan sehingga kenyang tapi dengan bayaran RM5,” katanya.

Sementara itu, kebanyakan pelanggan yang ditemui menyambut baik konsep diperkenal­kan itu.

Azimah Mustapha, 36, berkata, selain harga yang murah, makanan dihidangka­n berkonsepk­an masakan kampung yang menyelerak­an.

“Kedai ini kelihatan santai. Makanan dan minuman boleh ditambah dengan percuma. Ia sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang yang mana harga untuk semua benda naik,” katanya yang juga suri rumah.

Yusof Abdullah, 60, berharap konsep yang diperkenal­kan di DRL menjadi contoh kepada peniaga lain yang sering mencari alasan untuk menaikan harga makanan di premis mereka.

“Kini, semua harga barang semakin mahal, dengan konsep begini, ia membolehka­n orang ramai makan dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Turut hadir memeriahka­n majlis pembukaan dan pendaftara­n sebagai ahli DRL termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Langkawi, Datuk Azizan Noordin.

 ?? FOTO: HAMZAH OSMAN ?? ORANG ramai mengunjung­i gerai projek Dapur Rakyat Langkawi di Langkawi Chef Corner, Padang Matsirat.
FAIZ Fahmi
FOTO: HAMZAH OSMAN ORANG ramai mengunjung­i gerai projek Dapur Rakyat Langkawi di Langkawi Chef Corner, Padang Matsirat. FAIZ Fahmi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia