Harian Metro

HARAPAN BUAT FARAH

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

„ Keluarga budak hidap kanser otak

ambil petua pemakanan pesakit sembuh daripada barah otak tahap empat

“Empat hari lalu (Selasa), dia tiba-tiba cakap nak bela kucing. Tapi masa tu saya tak ada duit. Dalam diam dia keluar dari bilik dan berikan sejumlah wang tabung dipecahkan untuk membeli anak kucing.

“Memang hiba waktu itu, tapi doktor juga ada beritahu, kalau boleh penuhi setiap permintaan­nya,” kata Azlan Jamaludin, 32, bapa kepada Farah Ayunie, 11, kanak-kanak menghidap barah otak.

Pekerja am sebuah syarikat perladanga­n ternama negara yang menetap di Kota Tinggi, Johor itu berkata, dia dan isteri, Fazelah Sulaiman, 30, tidak dimaklumka­n tahap barah otak anak mereka.

Namun, masalah kesihatan Farah Ayunie serius kerana dimaklumka­n tidak ada harapan untuk sembuh, malah doktor menasihati pasangan berkenaan supaya menunaikan apa saja hajat kanak-kanak berkenaan yang manja dengan panggilan kakak selagi termampu.

“Farah Ayunie disahkan menghidap barah otak selepas pemeriksaa­n kesihatan Jun tahun lalu, ketika itu, dia diserang sawan dua hari berturut-turut.

“Pada hari pertama, saya bawa dia ke klinik dan kami diberitahu Farah Ayunie diserang sawan kejang kerana terlebih oksigen pada otak, keadaan itu berterusan selepas pulang ke rumah.

“Kami kemudian rujuk Farah Ayunie ke sebuah hospital swasta selepas pemeriksaa­n doktor mengesan ketumbuhan pada belakang kepala dianggar sebesar penumbuk dan lebih membimbang­kan ia bersentuha­n saraf tunjang,” katanya ketika ditemui di rumah Mohamad Uthman Mohamad Saiful, 7, yang kini bebas barah otak tahap empat di Tanjung Kling, kelmarin.

Katanya, sejak Jun hingga Ogos tahun lalu, Farah Ayunie sudah menjalani 33 kitaran terapi radio di hospital.

“Kini, emosi Farah Ayunie kerap terganggu selain cepat letih. Hari ini (kelmarin), saya melawat Mohamad Uthman, nak tahu petua pemakanan dan penjagaan diamalkan ibu bapanya sehingga dia disahkan sembuh daripada barah otak.

“Secara peribadi, saya memang tidak bersedia untuk terima sebarang kemungkina­n perkara buruk menimpa Farah Ayunie dan berharap ada keajaiban membolehka­n dia pulih,” katanya.

Sementara itu, Fazelah yang juga suri rumah berkata, dia sukar menerima kenyataan ketika dimaklumka­n anak sulung mereka menghidap barah otak.

Harian Metro 16 Februari lalu melaporkan Mohamad Uthman disahkan bebas daripada barah otak selepas pemeriksaa­n dilakukan di Hospital Kuala Lumpur tidak mengesan sel penyakit itu dalam badannya.

Perkara itu menggembir­akan ibunya, Norafidah Yahya, 32, dan bapanya, Mohamad Saiful Jadin, 33. Pasangan itu memberi Mohamad Uthman minum madu setiap hari selain mengusahak­an rawatan Islam dengan berjumpa seorang ustaz di Perak.

 ?? FOTO: MUHAMMAD HATIM AB MANAN ?? AZLAN (dua dari kanan) bersama Fazelah (kiri) menunjukka­n kesan pembedahan pada perut Farah Ayunie, di Tanjung Kling, Melaka, kelmarin. MOHAMAD Ut hman mengamalka­n minum madu setiap hari. DOKTOR kesan ketumbuhan di belakang kepala Farah Ayunie dianggar...
FOTO: MUHAMMAD HATIM AB MANAN AZLAN (dua dari kanan) bersama Fazelah (kiri) menunjukka­n kesan pembedahan pada perut Farah Ayunie, di Tanjung Kling, Melaka, kelmarin. MOHAMAD Ut hman mengamalka­n minum madu setiap hari. DOKTOR kesan ketumbuhan di belakang kepala Farah Ayunie dianggar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia