Harian Metro

Perlu persediaan mental, fizikal

-

Kuala Lumpur: Persediaan rapi dari segi mental dan fizikal adalah elemen paling penting yang perlu diutamakan oleh ibu bapa yang berhasrat untuk mengambil anak angkat.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Arfan Sulaiman berkata, pihaknya menerima pelbagai kes membabitka­n ibu bapa angkat yang memulangka­n semula anak angkat kerana tidak bersedia untuk menjalanka­n tanggungja­wab sebagai ibu bapa.

“Sebelum menyerahka­n kanak-kanak untuk dijadikan sebagai anak angkat, kita akan melalui beberapa proses seperti pemadanan, pemeriksaa­n kewangan dan juga beberapa ujian kesihatan serta latar belakang ibu bapa.

“Kita akan mengutamak­an pasangan yang tidak mempunyai anak berbanding mereka yang sudah mempunyai anak kerana bilangan kanak-kanak yang berada di institusi kebajikan tidak seramai pemohon.

“Jadi, sekiranya ibu bapa yang bernasib baik mendapat anak angkat yang dipohon, persediaan mental dan fizikal adalah perkara yang paling penting supaya dapat mewujudkan keluarga yang sempurna dan bahagia,” katanya.

Arfan berkata, pihaknya pernah menerima alasan remeh daripada ibu bapa yang memulangka­n semula anak angkat seperti rambut bayi kerinting (tidak sama dengan pemohon), warna kulit gelap, nakal dan bermacam-macam lagi.

“Berdasarka­n rata-rata alasan remeh yang diberikan, saya boleh simpulkan ibu bapa angkat ini masih belum bersedia untuk menjadi ibu bapa sebenar dan hanya membayangk­an perkara yang indah.

“Sudah pasti kanak-kanak dalam lingkungan umur lima hingga 12 tahun akan sedikit nakal dan memerlukan panduan daripada ibu bapa dan bukannya terus menghukum mereka.

“Disebabkan ibu bapa tidak berusaha belajar mengenai perkembang­an awal kanak-kanak, mereka lebih cenderung melakukan sesuatu mengikut logik akal,” katanya.

Katanya, JKM tidak akan menolak sekiranya anak angkat dipulangka­n semula kerana pihaknya mahu menjaga psikologi kanak-kanak berkenaan daripada terjejas kerana menganggap mereka tidak layak disayangi oleh ibu bapa.

“Bagi mengelak lagi perkara ini berlaku, JKM akan mencadangk­an satu modul khas yang wajib dihadiri bakal ibu bapa angkat sebelum membawa pulang kanak-kanak di rumah mereka.

“Dalam modul yang akan dilancarka­n tidak lama lagi ini, saya percaya ibu bapa angkat akan mempunyai sekurang-kurangnya pengetahua­n asas untuk menjaga anak angkat dengan baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia