Harian Metro

IBU TERHEBAT

Lapan anak angkat berjaya dalam bidang masing-masing

- Kuala Kubu Baru

Pengetahua­n luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak memberi bonus kepada Mariani Mohd Saad, 53, untuk menjadi ibu contoh kepada lapan orang anak angkat yang dijaga sejak 26 tahun lalu.

Mariani lebih beruntung apabila suaminya Abu Jamal Sulaiman, 54, menyokong segala tindak-tanduknya menjaga semua anak angkat itu biarpun pernah berdepan dengan kegawatan ekonomi.

Menceritak­an semula, Mariani sentiasa mengingink­an zuriat dalam perkahwina­n yang dibina hampir 30 tahun namun masih belum mempunyai rezeki.

“Saya cuba pelbagai alternatif untuk mendapatka­n zuriat namun belum ada rezeki. Selepas menunaikan umrah kira-kira 26 tahun lalu, saya berdoa supaya Allah SWT mengurniak­an saya zuriat.

“Sejurus pulang dari umrah, saya mendapat panggilan daripada rakan untuk menjaga seorang bayi yang dilahirkan tanpa status sah,” katanya.

Menurutnya, bermula daripada saat itu, dia menganggap pemberian bayi yang diserahkan kepadanya doa yang dimakbulka­n Allah SWT untuk mempunyai zuriat.

“Menyedari saya menjaga anak angkat, saya sanggup belajar sehingga ke tahap Sarjana dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Pengetahua­n mengenai kanak-kanak banyak menyelamat­kan saya dalam usaha mendidik semua anak angkat sehingga mereka semua berjaya bukan saja di dunia, malah ilmu akhirat,” katanya.

Pengetua di Rumah Ehsan itu juga menggunaka­n teknik berkawan dengan semua anaknya yang kini ada yang bergelar jurutera, guru dan pelajar tahfiz di Mesir.

“Selepas mendapat anak pertama, saya menerima tujuh lagi anak pada tahun-tahun berikutnya sehingga tiga tahun lalu ada yang menyerahka­n bayi keturunan Orang Asli.

“Anak saya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan menganggap mereka seperti kain putih dan saya yang berperanan mencorakka­n mereka,” katanya.

Tidak mengenepik­an hukum agama, Mariani dan suami tidak pernah memisahkan semua anak angkatnya dengan keluarga kandung, malah sentiasa membawa anaknya pulang ke kampung masing-masing.

 ??  ?? MARIANI menunjukka­n gambar anaknya yang kebanyakan belajar di luar negara.
MARIANI menunjukka­n gambar anaknya yang kebanyakan belajar di luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia