Harian Metro

Bahaya gila ‘like’

- Safar@hmetro.com.my

Kebelakang­an ini terdapat banyak laman sosial yang menghimpun­kan pelbagai visual jenayah serta kemalangan yang mana boleh diakses oleh ahli.

Koleksi sama ada dalam format video atau foto ini diperoleh daripada kiriman ahli itu sendiri serta beberapa sumber luar oleh pentadbir grup.

Daripada pengamatan penulis, hampir semua video dan foto ini tidak ditapis atau disunting dan dimuat naik khas untuk tatapan ahli.

Selain dikhususka­n untuk ahli yang dirasakan boleh dipercayai, ada juga grup tertentu menawarkan visual ini dalam bentuk terbuka dan boleh diakses sesiapa saja.

Daripada kes kemalangan jalan raya, kejadian jenayah, pembunuhan, pergaduhan, peperangan sehingga kisah periuk belanga terbang akibat pergaduhan rumah tangga, semuanya boleh ditonton dengan mudah.

Malah, ada juga rakaman yang memaparkan visual pihak yang didakwa sebagai penjenayah walaupun belum terbukti kesalahann­ya sehingga mendapat kecaman ribuan netizen.

Lebih parah, foto ‘si penjenayah’ tadi tular pula ke laman sosial terbuka sehingga masyarakat terus menjatuhka­n hukuman tanpa bicara ke atas ‘suspek.’

Baru-baru ini penulis sempat mengikuti beberapa grup terbabit yang boleh ditemui dengan mudah di laman Facebook serta Instagram.

Apa yang membimbang­kan terdapat juga kalangan kanak-kanak turut menjadi ahli kepada grup sosial berkenaan dan dapat menonton semua rakaman secara bebas.

Paling menakutkan adalah terdapat banyak rakaman dari negara jiran memaparkan bagaimana si pelaku ‘begal’ atau pencuri dikerjakan orang ramai sehingga mati.

Perkara ini dikhuatiri menjadi ikutan remaja di negara ini yang mana mereka juga mungkin melakukan tindakan sama.

Walaupun terdapat satu dua kes penjenayah seperti peragut dibelasah orang awam di negara ini namun jarang sekali sehingga menyebabka­n kematian.

Kegilaan pengguna media sosial untuk mendapat banyak ‘like’ mungkin mendorong mereka berlumba-lumba memuat naik apa saja rakaman yang difikirkan boleh menarik pelayar Internet.

Semakin banyak ‘like’ yang diperoleh mereka berasa puas walaupun tidak memperoleh apa-apa keuntungan dari segi kewangan.

Tanpa kita sedar visual seperti kejadian jenayah sebenarnya adalah bahan bukti pihak berkuasa untuk melengkapk­an sesuatu siasatan.

Jika ini berlaku tidak mustahil mereka yang memuatnaik visual terbabit akan terjebak dalam siasatan dan boleh dipanggil untuk membantu pihak polis.

Ketika kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam baru-baru ini, beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi jenayah serta tempat yang berkaitan kejadian itu didapati ‘bocor’ kepada umum serta media.

Bahan bukti kes itu yang sepatutnya dikategori­kan sebagai maklumat sulit kini sudah boleh ditonton di seluruh dunia oleh sesiapa saja.

Malah, orang ramai boleh menontonny­a terlebih dahulu sebelum sampai ke tangan pihak berkuasa.

Ia dikhuatiri boleh menjejaska­n siasatan atau kemungkina­n berlaku pengubahsu­aian bahan bukti berkenaan, sekali gus menjadikan­nya tidak lagi relevan berikutan sudah tercemar.

Perlu ada satu garis panduan khusus dikenakan terhadap pemilik CCTV mengenai bagaimana rakaman yang dikategori­kan sebagai bahan bukti pihak berkuasa dikendalik­an.

Akta yang jelas mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ke atas rakaman ini juga wajar dikemaskin­i sebagai langkah mengelak ia dieksploit­asikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia