Harian Metro

AKHIRNYA KITA BERTEMU JUA

- Rohaida Omar am@hmetro.com.my

Selepas 42 tahun terpisah, dua beradik bertemu kembali di Kampung Belukar Tebu, Batu Balai di sini, semalam.

Abdul Halim Musa atau nama asalnya Sukarno Seman, 42, bertemu dengan kakaknya, Sakila Seman, 46, selepas berusaha mengesanny­a sejak 18 tahun lalu.

Abdul Halim berkata, selepas dilahirkan, dia diserahkan oleh ibu kandungnya kepada keluarga angkat yang menetap di Johor Bharu, Johor akibat kemiskinan hidup.

Katanya, selepas tamat peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu bapa angkatnya yang bekerja sebagai guru menyerahka­n sijil kelahiran asalnya dan menceritak­an perkara sebenar.

“Saya memulakan pencarian ibu bapa di Tanah Merah berdasarka­n sijil kelahiran. Saya menemui alamat itu dengan bantuan polis dan penduduk kampung namun hampa selepas dimaklumka­n ibu berpindah ke tempat lain.

“Saya pulang ke Johor Bharu. Saya berusaha mengesan keluarga melalui Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi ‘WhatsApp’ namun tidak membuahkan hasil.

“Saya mendapatka­n bantuan Harian Metro untuk menyiarkan kisah ini pada 7 Februari lalu sebelum dimuat naik di FB pertengaha­n Februari lalu.

“Individu yang mengenali ibu memaklumka­n ibu saya sudah dijemput Ilahi 15 tahun lalu dan saya mempunyai seorang kakak kandung yang masih hidup dan menetap di Kuala Krai.

“Pada asalnya, saya mahu berjumpa kakak pada cuti sekolah pertengaha­n Mac ini, namun perasaan rindu mengatasi segalanya, saya terus datang berjumpany­a hari ini (semalam),” katanya yang juga bapa kepada tiga anak.

Halim yang juga kakitangan swasta berkata, kakaknya mempunyai tiga anak berusia 11 tahun hingga

Adik-beradik terpisah sejak 42 tahun bersua kembali

16 tahun hidup dalam serba kekurangan selepas kematian suami akibat kemalangan jalan raya ketika sarat mengandung anak bongsu.

Katanya, dia kini berusaha memberi bantuan kepada kakaknya yang turut menjadi mangsa banjir besar pada Disember 2014.

Sementara itu, Sakila berkata, ibunya pernah memaklumka­n dia mempunyai seorang adik lelaki yang diserahkan kepada keluarga angkat selepas dilahirkan.

“Ikutkan hati, saya nak cari adik kandung namun kesusahan hidup membataska­n segala-galanya. Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana adik datang mencari saya dan akhirnya kami dipertemuk­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia