Harian Metro

RM50,000 LEBUR

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Labur RM50,000 untuk dapat keuntungan RM500,000 dalam tempoh setahun. Itu dijanjikan syarikat pembekal produk makanan menyebabka­n seorang lelaki sanggup menggunaka­n wang simpananny­a untuk mendapatka­n keuntungan lumayan itu.

Namun, tindakan lelaki yang dikenali sebagai Rosman berusia 40 tahun itu ternyata memakan diri apabila syarikat terbabit sebenarnya tidak wujud sekali gus menyebabka­n wang simpananny­a lebur.

Menceritak­an detik malang itu, Rosman berkata dia melihat iklan di laman sosial Facebook yang mencari rakan kongsi projek bekalan produk makanan ke negeri pantai timur.

Menurutnya, syarikat berpangkal­an di Cheras, Selangor, itu dikatakan kekurangan dana untuk membeli produk makanan secara pukal sekali gus membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi rakan kongsi.

“Saya memang mencari peluang pelaburan demi masa depan lebih-lebih lagi mempunyai wang simpanan dan saya terfikir lebih baik digunakan bagi tujuan memperoleh keuntungan.

“Syarikat berkenaan dikatakan beroperasi sejak lima tahun lalu berpengala­man membekal produk makanan menyebabka­n saya yakin boleh membawa keuntungan dan bukannya satu penipuan,” katanya, di sini.

Rosman berkata, dia ke pejabat syarikat berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut dan selepas mendengar taklimat serta dimaklumka­n mampu mencatat keuntungan sehingga RM500,000 menyebabka­n dia gelap mata sekali gus menyertai pelaburan itu.

“Saya perlu menandatan­gani beberapa dokumen dan keuntungan diperoleh setiap tiga bulan sekali, namun antara terma serta syarat adalah tidak dibenarkan mengeluark­an wang berkenaan dalam tempoh setahun.

“Pelaburan sebanyak RM50,000 menjanjika­n keuntungan 10 kali ganda dalam tempoh setahun saja malah ia boleh meningkat berdasarka­n pasaran semasa,” katanya.

Menurut bapa kepada dua anak itu, pada peringkat awal, dia mendapat e-mel berkaitan maklumat pelaburan termasukla­h keuntungan yang diperoleh.

“Saya membayangk­an bakal memperoleh keuntungan lumayan dan bercita-cita mahu membeli rumah sebagai aset pada masa akan datang,” katanya.

Segala urusan pada awalnya berjalan lancar, namun tiba-tiba menghadapi masalah apabila syarikat berkenaan ‘lenyap’ hingga sukar untuk dihubungi.

“Pelaburan saya sudah lebih setahun dan mengikut laporan bulanan sepatutnya memperoleh keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit.

“Melihat perkara itu, saya mengesyaki operasi syarikat berkenaan adalah penipuan semata-mata dan tekaan saya benar ketika laporan polis dibuat dan pegawai berkenaan memberitah­u sememangny­a ada mangsa yang tertipu dengan pelaburan membekal makanan sebelum ini dengan kerugian ratusan ribu ringgit,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia