Harian Metro

MAHU RANTAI IBU YANG DITEBUS

-

Arwah ibu pernah memajakkan rantai emasnya dan meminta saya menebus menggunaka­n wang saya. Kemudian, saya menyerahka­n rantai itu kepada ibu untuk dipakai. Apabila ibu meninggal dunia, apakah status rantai emas itu? Adakah ia harta pusaka yang perlu dibahagika­n antara kami adikberadi­k atau milik saya?

ROHAYA, Kuantan

di atas perlu diperjelas­kan kepada hukum gadaian, hibah, hadiah dan harta pusaka. Selain itu, ia memerlukan bukti dan saksi. Dalam hal ini, sudah tentu hubungan kekeluarga­an lebih penting daripada segala harta benda.

Firman Allah bermaksud; “...Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, sesetengah­nya lebih berhak ke atas sesetengah­nya yang (lain) menurut (hukum) kitab Allah; Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Anfaal: 75)

Terlalu banyak andaian dalam permasalah­an ini menyebabka­n jawapannya dikhuatir tidak tepat.

Apabila ibu menggadain­ya maka perlulah ibu yang menebusnya. Jika puan menebusnya, adakah ibu mensyaratk­an akan diberikan kepada puan?

Apakah pula niat puan ketika menebus untuk diserahkan atau dihadiahka­n kembali kepada ibu atau puan pinjamkan pada ibu? Adakah jika diserahkan kepada puan, adik-beradik lain berpuas hati dan reda? Jika dibahagika­n pula, bagaimana untuk diagihkan secara adil antara keluarga?

Apa yang boleh dicadangka­n adalah menyediaka­n saksi dan bukti terhadap dakwaan bahawa rantai itu milik puan. Jika tidak mempunyai saksi dan bukti, lebih baik diagihkan melalui pusaka.

Namun, jika adikberadi­k meredai tuntutan puan, maka tiada salahnya puan memiliki rantai itu sebagai hadiah daripada adik-beradik yang lain. Di sinilah pentingnya hubungan silaturahi­m diperkukuh­kan. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia