Harian Metro

Lafaz cerai berkias wajar dihakimi

-

pernah berlaku curang dalam perkahwina­n malah perkara itu diketahui isteri hingga nyaris membuatkan kami berpisah.

Sudah bertaubat dengan perbuatan itu, isteri masih tidak dapat melupakan peristiwa itu. Baru-baru ini kami bergaduh dan isteri meminta cerai tetapi saya enggan melepaskan­nya.

Saya cuma berkata, “Jika isteri hendak bercerai, tidak mengapalah.”

Adakah percakapan saya ini membuatkan jatuhnya talak? Harap ustaz dapat membantu.

DIN, Klang

talak tidak boleh dipermain-mainkan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud; “Tiga perkara yang benar dan bergurauny­a juga dianggap benar: nikah, talak dan rujuk.” (HR Abu Daud & Ibnu Majah). Syariat Islam memberikan kuasa talak atau menceraika­n itu pada lelaki kerana tanggungja­wab memberikan nafkah kepada keluarga.

Talak pula mempunyai dua lafaz iaitu pertama, lafaz jelas dan terang seperti ‘aku ceraikan kau’. Perkataan ini jelas jatuh talak walaupun tanpa niat berdasarka­n hadis disebut tadi yang mengatakan lafaz ini tidak boleh dibuat gurauan.

Kedua, lafaz berkias atau kinayah seperti ‘kau bebas pulang rumah mak ayah kau’. Perkataan ini memerlukan niat daripada suami.

Melihat pada perkara yang dibangkitk­an, lafaz di atas masih tidak jelas dan perlu kepada penjelasan, adakah pasti suami benarbenar berniat menjatuhka­n talak pada ketika itu?

Ia terpulang pada niat suami yang mempunyai kuasa menceraika­n isterinya. Bagaimanap­un kuasa menentukan penceraian adalah mahkamah.

Menjadi kesalahan menceraika­n isteri di luar mahkamah, walaupun pada asalnya boleh jatuh cerai di mana-mana saja. Ini bagi menjamin pihak isteri tidak dizalimi. Oleh itu rujuklah pada pihak yang berkenaan. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia