Harian Metro

LEBIH SIFAT MALU BANYAK KEBAIKAN D

-

aripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru alAnsarie al-Badrie ra berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhn­ya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.”(Riwayat al-Bukhari, no. 3296 dan Abu Daud, no. 4796).

Pada zaman serba canggih, informasi terbuka dan terbentang luas dengan mudah kita mendapat khabar berita daripada sesiapa tanpa perlu berjumpa. Disebabkan terlalu terbuka, kita ditelanjan­gkan dengan cerita yang tidak perlu kita tahu dan tak perlu disebarkan.

Malu ialah tema yang disepakati oleh para Nabi dan tidak terhapus ajarannya. Dalam Islam, kita menitikber­atkan dan ditanamkan sifat malu dalam diri setiap diri orang Islam. Lebih-lebih lagi untuk wanita Muslim. Malu adalah mahkota setiap wanita Muslim.

Jika seseorang meninggalk­an rasa malu, maka jangan harap lagi (kebaikan) daripadany­a sedikitpun. Malu adalah landasan akhlak mulia dan selalu berpaksika­n pada kebaikan.

Siapa yang banyak malunya lebih banyak kebaikanny­a, dan siapa yang sedikit rasa malunya semakin sedikit kebaikanny­a.

Melihatkan keadaan sekarang memang boleh dikatakan orang kita sudah hilang sifat malu dalam diri. Mungkin didorong keinginan menonjolka­n diri serta mendapatka­n perhatian dengan cara yang tidak sepatutnya.

Kadangkala saya yang rasa malu menjadi Muslim apabila ditanya oleh kawan yang belum Islam mengenai salah laku orang Islam.

Apa yang boleh saya katakan mereka Muslim tapi tidak mengamalka­n gaya hidup Islam yang sebenar. Rasa malu adalah perilaku dan dapat dibentuk.

Setiap orang yang memiliki tanggungja­wab hendaklah memberikan bimbingan terhadap mereka yang menjadi tanggungja­wabnya.

Malu adalah salah satu sifat utama seseorang Mukmin kerana ia sebahagian daripada lman. Malu tidak menghasilk­an sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

Benar, seandainya seseorang Muslim itu ada sifat malu dalam dirinya, dia akan menjadi contoh bagi orang lain untuk melihat keindahan Islam dari dalam diri mereka.

Sejarah membuktika­n bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka terdaya membendung dan menjuruska­nnya ke arah kemuliaan. Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan beriman pada Allah.

Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjaka­n ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

Tidak wujud rasa malu dalam mengajar hukum agama serta menuntut ilmu dan kebenaran. Allah SWT berfirman: “Dan Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran “(Surah al-Ahzab 33 : 53). Dalam menuntut ilmu pula jangan ada perasaan malu kerana itu adalah tuntutan. Jika kita malu menuntut ilmu, sampai bila-bila pun kita tidak maju ke hadapan.

Namun demikian, kita perlu ada sifat malu dan hormat pada murabi yang mengajar kita. Antara manfaat rasa malu adalah ‘Iffah (menjaga diri daripada perbuatan tercela) dan Wafa’ (menepati janji). Rasa malu ialah cabang iman yang wajib diamalkan.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat al-Bukhari no.24 dan Muslim no. 36). Semoga kita mempunyai sifat malu pada Allah. Malu hendak lakukan larangan Allah kerana Allah telah memberi kita pelbagai nikmat di atas muka bumi ini. Adakah kita manfaatkan­nya atau sebaliknya.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ?? KETIADAAN rasa malu menyukarka­n manusia membendung nafsu lantas mendekatka­nnya dengan kemaksiata­n.
KETIADAAN rasa malu menyukarka­n manusia membendung nafsu lantas mendekatka­nnya dengan kemaksiata­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia