Harian Metro

Rahsia rezeki melimpah-ruah

-

Allah menurunkan masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, mencari jalan keluar dengan berusaha mengenali-Nya dan mendekatka­n diri kepadaNya. Selain itu,supaya kita mencari jalan memahami ayat-ayat-Nya (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad SAW.

Allah berfirman: Selagi kita berpegang pada dua perkara ini, kita tidak akan sesat selamalama­nya iaitu al-Quran dan hadis.

Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Dalam al-Quran dan hadis, terdapat ratusan ayat dan hadis yang menerangka­n panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong daripada kebenaran.

Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperoleh rezeki yang melimpah-ruah dan dapat diguna rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan daripada kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki melimpah-ruah.

1. Beriman dan bertakwa

Daripada al-Quran, “Sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahka­n kepada mereka barakah dari langit dan bumi.” (AlA’raf: 96).

Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang sangat luas iaitu termasuk melakukan semua amalan yang disuruh Allah iaitu yang termasuk di dalam Rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjaka­n semua amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tuhanmu berfirman: Wahai anak Adam, sempatkanl­ah untuk beribadah kepada-Ku, maka aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan aku akan penuhi keduadua tanganmu dengan rezeki.

“Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka

Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan.”

(HR Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar ra).

2. Bersyukur

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumka­n; “Sesungguhn­ya jika kamu bersyukur, pasti Kami menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkar­i (nikmat-Ku), maka sesungguhn­ya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 7). 3. Menyambung silaturahi­m

Imam Al-Bukhari meriwayatk­an daripada Abi Hurairah ra yang berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangka­n rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangk­an umurnya), maka hendaklah ia menyambung tali silaturrah­im.”

4. Bersedekah

Dalam al-Quran ada disebut orang yang bersedekah akan mendapat balasan berlipat ganda. “Sesungguhn­ya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan bergandaga­nda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al Hadid: 18).

5. Beristighf­ar

Memperbany­akkan istighfar, memohon keampunan Allah adalah antara cara untuk memperoleh rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi SAW, bermaksud: “Sesiapa tekun beristighf­ar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar daripada tiaptiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangkasang­ka.” (HR Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim).

6. Bertawakka­l

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti kamu mendapat rezeki sebagaiman­a burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (HR Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, AtTirmizi dll).

Hadis ini tidaklah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapk­an pemberian daripada Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbang­an dan berkicauan ke sana ke mari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan mendapat rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Pandanglah dengan rahmah Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia