Harian Metro

CINTA SIBER

- Hidayatul Akmal Ahmad

Peralihan zaman membuatkan manusia kian lupa kaedah ‘tradisiona­l’ terutama dalam mengenali seseorang. Ia semakin pupus ditelan zaman dan digantikan dengan kaedah lebih mudah iaitu media sosial.

Tidak hairanlah kebelakang­an ini banyak kes penipuan siber tanpa mengenal usia dan jantina.

Tetapi yang paling banyak ‘terkena’ adalah wanita yang mudah tergoda dengan janji manis tanpa menyelidik asal-usul rakan siber.

Sebelum munculnya temu janji dalam talian, kita sering ke pelbagai tempat tumpuan sosial seperti bar, pub, kelab, parti, majlis perkahwina­n, rumah ibadat malah perpustaka­an untuk bertemu rakan.

Waktu itu, bertukar nombor telefon disusuli perbualan untuk saling mengenali dan menilai sebelum membuat temu janji seterusnya.

Bagaimanap­un, perubahan zaman mematikan cara berkenaan dan diganti kaedah lebih mudah melalui laman sosial.

Pengurus Besar Kaspersky Lab SEA, Sylvia Ng berkata, zaman ini hampir semua perkara dilakukan dalam talian terutama bagi mereka yang mencari pasangan melalui laman pencarian jodoh atau aplikasi lain.

“Perkara ini ada positif dan negatif jika digunakan sebaik mungkin ia akan lebih menyenangk­an.

Apa yang paling penting pihak kami mahu sentiasa mempersiap­kan orang ramai pengetahua­n mengenai penipuan cinta siber.

“Antaranya bagaimana cara mahu mengelakka­n daripada penipuan di laman sosial yang kerap berlaku ketika ini. Sebab itu pengguna harus berwaspada dan berhatihat­i,” katanya.

Tahun lalu, polis Rusia memberkas dua lelaki dari Smolensk yang menyamar sebagai gadis muda jelita bagi memperdaya­kan lelaki dari

Moscow dengan mengugut atau menipu bagi mendapatka­n sejumlah wang yang banyak.

Kedua-dua mereka didapati memperoleh hampir sejuta Rubles (RM774,023) melalui skim ini.

Mungkin bagi anda lelaki di kawasan berkenaan mudah diperdaya, tetapi tahukah anda jumlah wanita yang ditipu oleh kekasih dalam talian juga tidak kurang banyaknya.

Bagaimanap­un, angka sebenar mangsa penipuan cinta dalam talian masih tidak dapat dipastikan kerana kebanyakan mangsa sudah berkahwin memilih untuk berdiam diri.

Terdapat juga keadaan di mana pekerja agensi laman mencari jodoh menjadi dalang kepada penipuan disebabkan tidak ramai wanita mendaftar dengan laman web berkenaan.

Keadaan itu memberi ruang untuk mereka membuka akaun palsu menggunaka­n gambar gadis jelita yang dicari di Internet.

Ada juga menggunaka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia