Harian Metro

Rimas bercinta dengan ‘anak emak’

-

Bercinta dengan ‘anak emak’ cukup mencabar. Saya seolah-olah kena bertemu janji dengan dua orang. Setiap kali

kami keluar, ibunya pasti menghubung­i meminta dia pulang serta-merta. Saya bukan menghalang dia untuk menjadi anak

baik, cumanya saya kurang senang dengan sikap ibunya suka mengatur hidup kekasih.

Meskipun kekasih merungut penat, dia tidak pernah meluahkan hal itu dengan ibunya. Rasanya kami berjumpa hanya untuk saya mendengar rungutanny­a. Kami pernah bergaduh disebabkan isu berkenaan. Saya tidak cemburu mahupun marah ibunya, tetapi saya runsing dengan sikapnya tidak pandai menangani ibunya.

Apa perlu saya lakukan agar hubungan kami bertambah baik?

AMMONIE, Kuala Lumpur

Sejauh mana kekasih bergantung pada ibunya, saudari kena selidik dan teliti dahulu. Jangan mudah membuat kesimpulan sebaliknya bersangka baik dengan sikap ibunya.

Namun begitu lelaki

‘anak emak’ sering mengutamak­an ibunya dalam segala urusan penting mahupun remeh.

Ada kalanya keterlalua­n sehingga beranggapa­n mereka tidak tegas dan ‘duduk di celah ketiak ibu’. Jalan terbaik, saudari kena beralah serta berkorban. Selain itu, saudari perlu pandai mengambil hati ibunya agar hubungan berlangsun­g dengan lancar.

Saudari tidak boleh membina ‘tembok’ mahupun menjadi musuh kepada ibu kekasih. Natijahnya bakal memberi tekanan mahupun krisis kepada hubungan yang terbina.

Terbukti daripada konflik sebelum ini apabila saudari serta kekasih bergaduh hanya kerana tidak tahan rungutan kekasih. Sebaikbaik­nya saudari memberi nasihat positif serta meminta dia lebih bijak serta sabar menangani ibunya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia