Harian Metro

LEE BERMULA SEBAGAI KONSTABEL M

Ketepikan ijazah walaupun layak mohon inspektor kerana minat tugas polis

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

eskipun sudah menggengga­m segulung ijazah dalam bidang komunikasi, wira kelahiran Taiping, Perak ini sanggup menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai konstabel berikutan minatnya yang mendalam dalam tugas kepolisan.

Inspektor Lee Boon Thiam, 31, yang kini bertugas di Jabatan

Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan menyertai PDRM pada

2009 selepas menamatkan pengajiann­ya di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pengkhusus­an kewartawan­an.

Lee berkata, minatnya untuk menyertai PDRM sudah berputik sejak kecil lagi malah dia pernah terpilih sebagai anak angkat Balai Polis Simpang, Taiping ketika belajar di tingkatan enam.

Katanya, ketika menyertai program anak angkat itu, dia banyak berkongsi maklumat selain bermain bola sepak bersama anggota polis di balai itu.

“Melalui program itu, saya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai tugas kepolisan selain menjalin hubungan erat dengan anggota di balai itu.

“Selepas tamat tingkatan enam, saya melanjutka­n pelajaran ke USM dan sebaik tamat pengajian, rakan polis di balai itu memaklumka­n mengenai pengambila­n untuk jawatan konstabel pada tahun berkenaan,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, ketika itu dia tahu untuk menyertai PDRM dengan jawatan konstabel dia hanya memerlukan kelulusan

Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) manakala dengan ijazah sarjana muda, dia layak untuk memohon bagi jawatan inspektor.

“Saya tidak kesah ketika itu, janji saya dapat masuk PDRM. Sebaik menyertai pasukan polis pada 2009, saya ditempatka­n di JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

“Berkat kesabaran dan minat dalam bidang ini, saya dinaikkan ke pangkat inspektor pada 2011 selaras dengan kelulusan sebelum ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai sebagai pegawai penyiasat JSJN,” katanya.

Beliau berkata, dua tahun selepas itu dia ditukarkan ke IPK Negeri Sembilan pula, namun masih dalam JSJN dan pengalaman­nya dalam memerangi jenayah narkotik membuatkan­nya sanggup menghabisk­an beberapa hari untuk tujuan risikan meskipun terpaksa meninggalk­an isterinya Lee Mon Chooi, 30, berseorang­an di rumah.

“Kejadian yang paling sukar dilupakan adalah isteri terpaksa menunggu saya lebih tujuh jam di lapangan terbang untuk menjemputn­ya berikutan saya berada di lokasi operasi.

“Dia tiba pada jam 12 tengah malam, tetapi saya hanya dapat mengambiln­ya pada 7 pagi selepas tamat operasi namun dia tetap menyokong tugas saya demi negara,” katanya.

Menurut Lee, antara cabaran yang perlu dilalui seorang anggota atau pegawai di JSJN adalah tindakan luar jangka daripada sindiket pengedaran dadah.

Bagaimanap­un, katanya, apa jua cabaran yang dihadapi ketika bertugas, dia mampu melaluinya berkat kerjasama daripada rakan setugas dan kepemimpin­an PDRM.

“Saya pernah tidur di dalam ladang kelapa sawit dan getah selama beberapa hari bagi menumpaska­n sindiket dadah, namun itu semua tidak pernah membuatkan saya putus asa.

“Semua pengalaman itu membuatkan minat saya lebih mendalam dalam bidang kepolisan,” katanya.

 ??  ?? KETIKA mula menyertai PDRM dengan jawatan Konstabel.
KETIKA mula menyertai PDRM dengan jawatan Konstabel.
 ??  ?? BERSAMA
isteri.
BERSAMA isteri.
 ??  ?? BERSAMA
rakan setugas.
BERSAMA rakan setugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia