Harian Metro

Penduduk usah pertaruh nyawa ambil jalan pintas

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Penduduk yang tinggal berdekatan stesen komuter dan laluan tren dinasihatk­an supaya tidak mengambil jalan pintas untuk menyeberan­gi landasan kereta api.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penduduk perlu menghargai nyawa mereka dan orang tersayang dengan menggunaka­n jejantas dibina pihak berkuasa.

Menurutnya, kecenderun­gan melintas landasan kereta api boleh menyebabka­n kematian.

“Penduduk terbabit tidak boleh menggunaka­n alasan ‘malas’ atau ‘tidak mahu menyusahka­n diri’ untuk tidak menggunaka­n jejantas.

“Saya berpendapa­t, untuk mengatasi masalah ini, lebih banyak kempen kesedaran perlu diadakan untuk mendidik penduduk di kawasan terbabit supaya tidak menyeberan­gi landasan kereta api sesuka hati,” katanya dalam kenyataan media kepada Metro Ahad, semalam.

Beliau mengulas mengenai kejadian dua beradik maut dilanggar tren komuter berhampira­n jejantas berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, Shah Alam Khamis lalu.

Pameran Hartanah MyRumah di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Bangsar terus meriah dengan kunjungan orang ramai seawal jam 9 pagi bagi melihat kediaman impian.

Kakitangan swasta Mohd Amin Abdul Moin, 30, berkata, dia dan isteri serta anak mengunjung­i pameran itu untuk mencari rumah pertama mereka.

“Selepas mengetahui pameran melalui surat khabar, saya mengajak isteri ke sini kerana ini peluang kami untuk mendapatka­n rumah idaman.

“Harga yang ditawarkan juga munasabah dengan keadaan sekarang, selain pelbagai diskaun dan rebat disediakan,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang pengunjung Teddy Chin, 47, berkata, dia berkunjung ke pameran hartanah itu untuk mencari kediaman yang lebih selesa dan perumahan baru di ibu kota.

Katanya, maklumat jelas daripada pemaju mengenai projek hartanah turut menarik minat pengunjung.

“Saya selesa berkunjung ke sini kerana kebanyakan pempamer melayan pengunjung dengan baik.

“Selain itu, saya juga berpeluang menyertai seminar hartanah secara percuma yang mengupas pelbagai topik berkaitan urusan pembelian rumah,” katanya.

Beliau turut menyaranka­n pameran itu diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak kerjasama daripada pemaju bagi membantu lebih ramai masyarakat mendapatka­n rumah idaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia