Harian Metro

UBAH LANDSKAP SABAH

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

„ PM rasmi naik taraf jalan sebahagian projek fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek menaik taraf Jalan Sindumin-Kampung Melalia di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sindumin, dekat sini, semalam.

Projek itu sebahagian daripada fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Untuk fasa berkenaan, laluan dua lorong sepanjang 28.4 kilometer (km) dinaik taraf kepada lebuh raya empat lorong dua hala selain pembinaan dua persimpang­an bertingkat dan tiga jambatan.

Beliau berkata, ia bukti pembanguna­n dan kemajuan dilaksanak­an oleh kerajaan negeri dengan menyediaka­n infrastruk­tur lebih selesa bukan sahaja untuk rakyat tetapi kepada pelancong.

“Kita mahu kemajuan, kita mahu perubahan, kita mahu hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

“Saya berazam ini satu gambaran sejarah kerajaan, Lebuhraya Pan Borneo mengubah landskap Sabah. Dalam masa lima tahun lagi, Sabah akan dapat rangkaian lebuh raya yang lengkap,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu.

Katanya, menerusi pembinaan lebuh raya itu, ia turut menyediaka­n 400,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini termasuk kontraktor dan konsultan.

“Kita mahu Sabah berubah dan potensi di Sipitang kita tahu ia sebagai pusat gas dan minyak, ada kilang ammonia dan urea, berhampira­n Brunei Darussalam dan dekat hujung Lawas, Sipitang apabila perhubunga­n jadi dua hala pasti lebih maju di masa akan datang.

“Ia akan mudah bila maju dan pekerjaan akan bertambah, yang dapat peluang banyak bukan sahaja kontraktor besar dan saya pesan bahawa kontraktor Sabah dapat kontrak ini. Saya tidak mahu orang Semenanjun­g tetapi bagi keutamaan kepada anak tempatan sampai (kontraktor) kelas F,” katanya.

Najib berkata, dia tidak mahu sebarang balasan tetapi rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Saya sudah buat kerja, saya tidak mahu apa-apa balasan kecuali bila sampai masa nanti jangan lupa kepada saya dan kerajaan BN.

“Inilah cara kita, Insya Allah kita akan melihat masa depan yang jauh lebih baik jika kita buat ketetapan sewajarnya,” katanya.

Najib turut menyifatka­n pembangkan­g sebagai pakatan Ali Baba kerana sehingga kini tidak sepakat dalam soal siapa bakal dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, pembangkan­g sebaliknya hanya bersetuju siapa bakal Timbalan Perdana Menteri, namun tiada bayangan dan persefaham­an berhubung calon Perdana Menteri mereka.

Sementara itu, Najib diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga dan penduduk setempat pada sesi tinjauan mesra di Tamu Putatan, Putatan, petang semalam.

Pada kunjungan kira-kira sejam bermula 4.10 petang itu, Perdana Menteri turut melihat pelbagai barangan dijual di pasar mingguan itu dan sempat singgah membeli pisang goreng di gerai peniaga, Aminah Mamat, 44.

 ??  ?? NAJIB diiringi Musa merasmikan upacara pecah tanah projek menaik taraf Jalan Sindumin-Kampung Melalia, Lebuhraya Pan Borneo di SMK Sindumin, Sipitang.
NAJIB diiringi Musa merasmikan upacara pecah tanah projek menaik taraf Jalan Sindumin-Kampung Melalia, Lebuhraya Pan Borneo di SMK Sindumin, Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia