Harian Metro

PATUNG 6.3 KILOMETER

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

„ Usaha 10,000 ahli Pandu Puteri seluruh negara cipta projek kreatif diiktiraf MBOR

Usaha 10,000 Ahli Pandu Puteri seluruh negara menghasilk­an anak patung menerusi teknik dandanan sepanjang 6.3 kilometer diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR), semalam.

Projek anak patung menggunaka­n bahan kitar semula yang bermula sejak Oktober 2016 hingga Februari lalu berjaya menghasilk­an 24,000 anak patung pelbagai warna dan corak.

Ketua Pesuruhjay­a Pasukan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Normala Baharudin berkata, tujuan utama menghasilk­an projek terbabit untuk meningkatk­an semangat kerjasama antara ahli dalam meraikan sambutan 100 tahun Pandu Puteri.

“Kemahiran menjalin atau mendandan adalah kemahiran asas perlu dikuasai ahli Pandu Puteri Tunas yang melambangk­an jalinan kasih sayang, tenaga, usaha dan jalinan antara kemahiran serta pengetahua­n untuk menghasilk­an rantaian anak patung.

“Anak patung dihasilkan 100 peratus daripada bahan terbuang iaitu potongan dari baju lama, benang bulu kambing, tali rafia dan pelbagai jenis tali. Patung yang dihasilkan berukuruan 30 sentimeter panjang dan 25 sentimeter lebar.

“Semua anak patung ini akan diberikan kepada pusat jagaan kanak-kanak, rumah kebajikan atau institusi yang mengadakan latihan dalam pendidikan awal kanak-kanak selepas projek ini direkodkan dalam MBOR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2017, Persatuan Pandu Puteri

“Sudah tiba masanya semua pemimpin Pandu Puteri Malaysia mempunyai sasaran yang besar untuk meneroka cabaran baru dan mempunyai inisiatif membuat hubungan persahabat­an dengan lebih ramai ahli Pandu Puteri seluruh dunia.

“Bersesuaia­n dengan tema sambutan ‘Let’s Grow’, ini masa sesuai untuk kita berkembang dan mencari idea lebih inovatif untuk membawa ahli baru dalam PPPM,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Raja Nor Mahani.

 ??  ?? ANAK patung dibuat menggunaka­n teknik dandanan sepanjang 6.3km yang dihasilkan PPPM seluruh negara diperakui MBOR.
ANAK patung dibuat menggunaka­n teknik dandanan sepanjang 6.3km yang dihasilkan PPPM seluruh negara diperakui MBOR.
 ??  ?? RAJA Nor Mahani (dua dari kanan) meletakkan tabung sumbangan.
RAJA Nor Mahani (dua dari kanan) meletakkan tabung sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia