Harian Metro

TAUKE SYARIKAT PRODUKSI

- Siti Nor Amirah Abu Bakar am@hmetro.com.my

„ Bekas Presiden MSU bukan saja jelita malah bijak kendali masa belajar dan kerja

Walaupun baru berusia 23 tahun dan masih menuntut di Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor, wajah Vanessa Cruez sudah muncul di televisyen sebagai pengacara selain pernah terpilih Top 20 Miss Tourism Wilayah 2015.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perkhidmat­an Makanan yang mesra disapa Vanessa itu berkata, dia meminati seni budaya justeru bidang peragaan menjadi pilihannya.

“Pertama kali saya bertapak dalam dunia peragaan dengan menyertai beberapa pertanding­an ratu cantik Miss Malaysia Kebaya dan Miss Saree Malaysia, kemudian bakat saya dilihat oleh bebe- rapa stesen televisyen dan mereka menyunting saya sebagai pengacara untuk beberapa program.

“Keluarga sangat memahami dan sedikitpun tidak membantah pembabitan saya dalam dunia seni walaupun masih bergelar penuntut,” katanya.

Menurut Vanessa, belajar dan bekerja bukan perkara mudah untuk dilakukan, bagaimanap­un, dia sentiasa memastikan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) setiap semester tidak merosot.

“Memang susah, saya sendiri mengharung­i saat itu, pernah ketika saya menyertai program ratu cantik, saya terpaksa lari untuk menduduki peperiksaa­n akhir.

“Bagaimanap­un, ia tidak melemahkan semangat saya, kerana bagi saya pelajaran dan minat harus berjalan seiring kerana kedua-duanya penting dalam kehidupan,” katanya yang menerima

Anugerah Presiden MSU 2015/2016.

Menurutnya, hasil usaha gigihnya dia kini menubuhkan syarikat produksi sendiri yang diberi nama Vstudio dan ia sudah beroperasi akhir tahun lalu yang lebih fokus kepada penerbitan filem.

Dalam pada itu ditanya bagaimana dia menjaga wajah kerana berdepan dengan jadual padat, Vanessa berkata, berfikiran positif sangat membantu selain mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Bagi saya, kecantikan dalaman amat penting kerana ia terpancar pada wajah, selain saya sentiasa bersenam bagi memastikan kesihatan saya tidak terjejas,” katanya.

 ?? FOTO: MUHAMMAD ASRI SAIFUDDIN MAMAT ?? PRESIDEN MSU, Prof Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid menyampaik­an Anugerah Senarai Presiden Sesi 2015/2016 kepada Vaneesa di MSU, Shah Alam.
FOTO: MUHAMMAD ASRI SAIFUDDIN MAMAT PRESIDEN MSU, Prof Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid menyampaik­an Anugerah Senarai Presiden Sesi 2015/2016 kepada Vaneesa di MSU, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia