Harian Metro

GADIS PENGHANTAR IKAN

- Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam@hmetro.com.my

„ Siti Nur Sahira ambil tempahan dari

rumah ke rumah sejak setahun lalu

Siti Nur Sahira Mohd Yusup, 21, tidak menyangka keputusan berhenti belajar dari sebuah kolej bagi menjaga ibunya yang sakit dengan menghantar ikan ditempah pelanggan ke rumah mereka setiap hari membawa rezeki kepadanya.

Jika remaja lain sibuk mengejar cita-cita, namun dia pula dari pagi hingga petang berkorban untuk keluargany­a dengan bau ikan sepanjang hari.

“Saya tidak malu menjual dan menghantar ikan kepada pelanggan setiap hari kerana ia punca rezeki kami sekeluarga.

“Saya sudah biasa hidup susah sejak kecil, jadi pengalaman itulah yang mengajar untuk meneruskan hidup,” katanya yang gembira dengan kerjaya sebagai penghantar ikan sejak setahun lalu.

Menurutnya, dia mendapat idea menjadi penghantar ikan kerana pada awalnya hanya membantu ibunya, Erna Marlias, 43, yang menjual ikan di Pasar Besar Meru, di sini, setiap pagi.

“Kami menjual ikan waktu pagi saja, jadi saya beritahu ibu ingin membuat perkhidmat­an penghantar­an ikan dari rumah ke rumah dengan caj RM3 bagi tiga kilogram ke atas.

“Ibu bersetuju dan saya bersyukur kerana perkhidmat­an ini mendapat sambutan menggalakk­an terutama suri rumah,” katanya yang melakukan penghantar­an seorang diri.

Siti Nur Sahira berkata, ramai terkejut apabila mengetahui dirinya seorang perempuan kerana biasanya kerja menjual dan menghantar ikan dilakukan lelaki.

“Pada mulanya pelanggan terkejut kerana tidak menyangka saya seorang gadis, namun lama-kelamaan mereka mempercaya­i dan selesa dengan perkhidmat­an saya.

“Saya menghantar ikan dengan kereta di sekitar Meru, Shah Alam, Setia Alam dan Kapar,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil pesanan sehari sebelum penghantar­an dan ketika berniaga bersama ibunya, dia sudah mengasingk­an ikan yang ditempah pelanggan serta membersihk­annya.

“Selepas habis berniaga di pasar, saya terus menghantar ikan yang dipesan pelanggan.

“Dalam sehari saya terima purata 10 tempahan ikan sama

ada ikan merah, pari, keli, siakap, kembung, cencaru termasuk udang dan sotong,” katanya yang memperoleh pendapatan antara RM200 ke RM400 sehari.

Menurutnya, walaupun tidak berpeluang belajar tinggi seperti orang lain, rezeki yang diterima sebagai penghantar ikan sangat disyukurin­ya.

Selain menghantar ikan, dia turut menghantar keperluan barangan basah lain mengikut permintaan pelanggan.

Pelanggann­ya, Linda Sahim, 43, berkata, dia mendapat tahu ada perkhidmat­an penghantar­an ikan melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya teruja kerana caj yang dikenakan murah dan beritahu ikan apa yang ingin dibeli ia akan sampai sama ada di rumah atau kedai dan hanya menempahny­a melalui WhatsApp,” katanya.

 ?? Siti Nur Sahira Mohd Yusup ?? Saya menghantar ikan menggunaka­n kereta di sekitar Meru,
Shah Alam, Setia Alam dan Kapar”
Siti Nur Sahira Mohd Yusup Saya menghantar ikan menggunaka­n kereta di sekitar Meru, Shah Alam, Setia Alam dan Kapar”
 ??  ??
 ??  ?? SITI Nur Sahira menghantar ikan yang ditempah pelanggan terus ke depan pintu rumah.
SITI Nur Sahira menghantar ikan yang ditempah pelanggan terus ke depan pintu rumah.
 ??  ?? SITI Nur Sahira menyusun ikan untuk dihantar kepada pelanggan.
SITI Nur Sahira menyusun ikan untuk dihantar kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia