Harian Metro

Bantu mangsa kemalangan SEHATI SEJIWA

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Demi cinta dan kasih terhadap suami serta mahu menghabisk­an masa bersama, membuatkan seorang guru wanita memilih bersara awal mengikut suaminya yang bersara wajib.

Pasangan guru ‘romantik’ dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin, di sini, itu bersara bersama kelmarin, selepas puluhan tahun menabur bakti dalam bidang pendidikan.

Pasangan terbabit, Dr Abdul Rahman Ismail, 60, dan Salmah Rosli, 52, diraikan bagai pengantin baru dalam majlis persaraan yang diadakan pihak sekolah berkenaan. Serendah: Kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Kampung Dato' Harun pada tengah hari, semalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

„ Pengetua, isteri bersara bersama

selepas berkhidmat 31 tahun

Salmah berkata, dia mengambil keputusan bersara awal kerana mahu menghabisk­an sisa hidup bersama suami dan meluangkan masa bersama keluarga, selepas ini.

“Saya sudah berkhidmat sebagai guru selama 28 tahun manakala suami berkhidmat selama 31 tahun. Sudah cukup tempohnya separuh usia kami berkhidmat dalam bidang ini.

“Kini, biarlah saya menemani suami ke mana saja dia pergi. Saya juga mahu berehat dan meluangkan masa bersama dua anak lelaki berusia 18 dan 27 tahun,” katanya ketika ditemui selepas majlis persaraan mereka, kelmarin.

Pada majlis berkenaan, pasangan terbabit diarak dengan paluan kompang dan diiringi sekumpulan guru yang mengenakan jubah konvokesye­n untuk membawa tema ‘Kembali Ke Kolej’.

Turut hadir Pengetuany­a Arif Afandi Ariffin dan anak bongsu pasangan itu, Muhammad Syukri.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman berkata, beliau tidak menyangka diraikan dalam suasana meriah dengan kehadiran rakan pendidik dan pelajar sekolah yang menghargai jasa dan pengorbana­n mereka selama ini.

Menurutnya, beliau amat meminati bidang pendidikan dan sentiasa seronok di sekolah bersama pelajar.

“Saya pasti merindui dunia pendidikan yang sudah sebati dalam diri saya selama ini,” katanya.

Dr Abdul Rahman yang juga bekas pesilat negara berhasrat membuka kelas mengajar seni mempertaha­nkan diri.

 ??  ?? DR Abdul Rahman dan isterinya, Salmah dirai dalam majlis persaraan mereka di Dewan Budiman, SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson.
DR Abdul Rahman dan isterinya, Salmah dirai dalam majlis persaraan mereka di Dewan Budiman, SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson.
 ??  ?? DR Abdul Rahman dan Salmah dirai bagai raja sehari oleh kakitangan dan pelajar SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson.
DR Abdul Rahman dan Salmah dirai bagai raja sehari oleh kakitangan dan pelajar SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia