Harian Metro

DIBAKAR KERANA GAMBAR

- Agensi

„ Wanita maafkan kekejaman suami demi kepentinga­n anak

Seorang lelaki yang cemburu menyimbah petrol pada isterinya sebelum membakar wanita itu kerana terlalu marah dengan tindakan mangsa memuat naik gambar swafotonya di Facebook.

Pasangan berkenaan, Chatchawar­n Tarrin, 28, dan Nednapha Nuankhul, 26, berkahwin Januari tahun lalu.

Nednapha memuat naik gambarnya di Facebook Disember lalu menyebabka­n suaminya berang.

Ketika bertengkar, wanita satu anak itu cuba melarikan diri tetapi Chatchawar­n menahannya sebelum menyimbah dia dengan petrol dan menyalakan api di rumah mereka di Amphoe Chiang Kham, utara Thailand.

Kejadian itu menyebabka­n Nednapha melecur teruk.

Bagaimanap­un, kata wanita itu, dia memaafkan perbuatan suaminya semata-mata kerana masa depan anak mereka.

Menurut Nednapha, dia tidak mahu masa depan anak mereka terjejas akibat kejadian itu.

Wanita berkenaan yang sudah dibenarkan pulang dari hospital berkata: “Saya masih takut dengan kejadian itu. Saya masih dapat merasakan kesakitan ketika api membakar tubuh saya. Ia kesakitan paling teruk boleh dibayangka­n semua orang.

“Saya percaya hukum karma. Saya percaya suami saya akan mendapat balasan setimpal dengan perbuatann­ya. Tetapi saya memaafkan dia kerana kami masih mempunyai anak. ” katanya.

Chatchawar­n kini ditahan polis sementara menanti keputusan perbicaraa­n.

Sementara itu, beberapa rakan Nednapha melancarka­n kempen mengutip derma bagi membantuny­a menjalani rawatan susulan, termasuk pembedahan.

“Dia tidak boleh bekerja. Suaminya pula masih dalam tahanan. Nednapha perlu menjalani rawatan. Kami berusaha membantuny­a,” kata rakannya, Sudarat Khunarup.

Jurucakap polis tempatan berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu dan tidak tahu berapa lama Chatchawar­n akan ditahan.

 ??  ??
 ??  ?? SAAT bahagia, pasangan itu berkahwin Januari lalu. - Viral Press
SAAT bahagia, pasangan itu berkahwin Januari lalu. - Viral Press
 ??  ?? KEADAAN Nednapha ketika ini. - Viral Press
KEADAAN Nednapha ketika ini. - Viral Press

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia