Harian Metro

30,000 LARIKAN DIRI

- Agensi

Puluhan ribu penduduk awam Syria meninggalk­an kediaman masing-masing ketika tentera yang setia kepada rejim Presiden Bashar al-Assad yang melancarka­n serangan terhadap Daish mara di utara negara itu.

Kumpulan pemerhati hak asasi Syria berkata, sebahagian besar daripada 30,000 orang awam yang melarikan diri dari wilayah Aleppo itu ialah wanita dan kanak-kanak.

Menurutnya, tentera Syria yang mendapat bantuan Russia menawan beberapa kampung yang sebelum ini dikuasai Daish ketika melancarka­n serangan besar-besaran sejak beberapa hari lalu dan berterusan sehingga semalam.

Kebanyakan orang awam yang melarikan diri itu menuju ke kawasan sekitar Manbij yang dikuasai Pasukan Demokratik Syria (SDF), pakatan penentang yang terdiri daripada pejuang Kurdis dan Arab dan disokong oleh Amerika Syarikat yang turut memerangi Daish.

Menurut laporan, penduduk terbabit menggunaka­n apa sahaja kenderaan untuk melarikan diri, termasuk motosikal dan van.

“Jumlah mereka yang melarikan diri semakin meningkat kerana pertempura­n antara rejim Syria dan Daish,” kata pengerusi bersama pentadbira­n awam Manbij, Ibrahim al-Quftan.

Aleppo menempatka­n puluhan ribu penduduk Syria yang kehilangan tempat tinggal akibat perang saudara yang meletus di negara itu sejak 2011, kebanyakan­nya di khemah berhampira­n sempadan dengan Turki.

Dengan sokongan kekuatan udara dan meriam Russia, tentera Syria melancarka­n serangan habis-habisan terhadap Daish di wilayah itu dengan hasrat menawan Khafsah, tempat stesen pengepam air utama ke Aleppo.

„ Serangan tentera Syria di wilayah dikuasai

Daish di Aleppo berterusan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia