Harian Metro

GEGARAN ZAIDATUL

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Catat rekod peribadi terbaik 11.35s di Afrika Selatan

Arena olahraga negara kembali bergegar apabila pelari pecut wanita Zaidatul Husniah Zulkifli mencatat masa peribadi terbaik acara 100 meter (m) semalam.

Sejam selepas melakukan 11.35 saat yang pada mulanya dianggap memadam rekod kebangsaan 11.50s berusia 24 tahun milik G Shanti pada 1993, catatan itu bagaimanap­un tidak diiktiraf kerana Zaidatul dikatakan mendapat bantuan angin sebanyak 2.5 saat.

Zaidatul yang mesra disapa Adik merekodkan catatan itu ketika menyertai Kejohanan AGN League 7.

Dia menduduki tangga kedua saringan pertama yang dimenangi atlet tuan rumah, Alyssa Conley dengan catatan 11.34s.

Dua lagi atlet kebangsaan, S Komalam Shally dan Siti Fatimah Mohamad masing-masing mencatat 11.65s dan 11.68s untuk menduduki tempat ketiga dan keempat dalam saringan berasingan.

Catatan peribadi terbaik Zaidatul 11.62s dilakukann­ya ketika menyertai Sukan Universiti ASEAN (AUG) Palembang pada 2014.

Zaidatul yang dihubungi Bernama menerusi aplikasi Whatsapp bagaimanap­un menyatakan tidak kecewa dengan keputusan itu.

"Kalau hendak kata keSementar­a cewa itu, tidak sangat kerana catatan ini rekod peribadi terbaik saya dan menjadi pendorong untuk melakar keputusan positif pada Sukan SEA, Ogos nanti," kata anak jati Kedah itu. itu, Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim berkata, catatan Zaidatul itu sesuatu yang membanggak­an.

“Zaidatul sudah membuktika­n dia atlet terbaik wanita negara ketika ini,” katanya.

Justeru, Karim menegaskan pemilihan Afrika Selatan sebagai lokasi pertanding­an dan latihan skuad olahraga negara tepat biarpun sebelum ini mencetuska­n kontrovers­i di antara KOM dan atlet.

“Saya harap tempoh 60 hari mereka di Afrika Selatan itu nanti boleh membantu memecahkan rekod. Biarpun baru pertanding­an pertama saya lihat semuanya berjalan lancar. Atlet dan jurulatih semua gembira,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia