Harian Metro

‘USAH KENANG LUKA LALU’

„ Kegagalan jadi inspirasi Dhabitah terus mara ke hadapan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Soalan: Senyuman Nur Dhabitah Sabri beri inspirasi pada dunia luar. Biarpun tewas ketika di Olimpik lalu anda tetap memberi senyuman manis. Melinda Waldrop dalam tweetnya amat mengagumi anda.

Katanya, anda tidak pernah berhenti tersenyum biarpun berada di air dan itu memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang individu yang lebih baik.

Jadi boleh kongsikan pengalaman anda ketika pertama kali mewakili negara di Sukan Olimpik sehingga berjaya menjadi inspirasi kepada dunia luar dan bolehkah anda berkongsi apakah perasaan ketika anda mampu memperoleh pingat tapi akhirnya terlepas. Mohd Fazlee Azahari Hamim,

Kuala Selangor Apa yang penting terus ke depan. Anggap apa yang berlaku itu pengalaman berguna kerana sudah tertulis tiada rezeki saya untuk menghadiah­kan pingat buat negara”

Nur Dhabitah Sabri

Terima kasih kepada yang sudi bertanya. Pengalaman beraksi di Olimpik memang memberi pengalaman cukup berharga buat saya yang baru pertama kali beraksi di kejohanan terbesar itu.

Kontinjen negara ke Olimpik ketika itu bagaikan satu keluarga. Ke mana saja bersama. Berkongsi gembira dan duka juga bersama.

Saat itu memang memberi pengalaman berharga buat saya untuk berusaha menjadi atlet berjaya satu hari nanti.

Ketika saya beraksi di Rio saya boleh berasa sokongan diberi atlet negara lain, malah apabila ada masa saya juga menyaksika­n atlet kita bertanding.

Hadir memberi sokongan memang menyeronok­kan. Berada di perkampung­an sukan juga menyeronok­kan.

Memang tidak boleh saya gambarkan kerana pengalaman yang saya peroleh ketika kali pertama beraksi di pentas dunia itu cukup berharga.

Apa yang dapat saya katakan beraksi di Olimpik sangat menyeronok­kan dan ia pengalaman berharga.

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada kami penerjun negara.

Untuk soalan kedua itu, saya tidak menyalahka­n sesiapa kerana semua pernah melakukan kesilapan.

Mungkin bukan rezeki saya untuk dapat pingat ketika itu tapi saya akan terus mencuba dan tidak akan berputus asa.

Acara 3 meter terjun seirama itu adalah acara berpasukan. Jika rakan melakukan kesalahan kita perlu terima.

Apa yang penting terus ke depan. Anggap apa yang berlaku itu pengalaman berguna kerana sudah tertulis tiada rezeki saya untuk menghadiah­kan pingat buat negara.

Bagaimanap­un kegagalan itu memberi saya inspirasi untuk terus memperbaik­i terjunan dan berharap dapat melakukan yang terbaik selepas ini terutama di Kejohanan

Terjun Siri Dunia nanti.

Saya mengharapk­an rakyat Malaysia terus menyokong kami atlet terjun negara agar satu hari nanti boleh membawa pulang emas pertama negara dari temasya

Olimpik.

 ??  ?? semangat KELUARGA bakar
dalam karier. terusberja­ya
Dhabitah
semangat KELUARGA bakar dalam karier. terusberja­ya Dhabitah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia