Harian Metro

MAHU AYAH BANGGA Peluang menyerlah lebih tinggi

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kriket bukanlah sukan yang popular di Malaysia namun Muhammad Amirul Syami Rahmat Shah tetap memilih kriket.

Biarpun ia tidak sepopular badminton atau bola sepak, tapi bagi Amirul kriket mempunyai keistimewa­annya tersendiri.

Kriket mampu menjadikan­nya seorang pantas berfikir untuk merancang teknik terbaik ketika membuat balingan atau memukul.

Dinobatkan sebagai pembalik terbaik empat tahun berturut-turut bermula pada 2012, Amirul berkata, apa yang diperolehn­ya hari ini adalah usaha keras ayahnya yang juga seorang guru di

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung Melaka, Rahmat Shah Sekboon menganggap kriket mempunyai prospek yang cerah terutama untuk golongan remaja di Melaka.

Katanya, peluang untuk menyerlah dalam sukan itu lebih tinggi berbanding sukan lain dan sebab itulah mendorongn­ya menggalakk­an anaknya Muhammad Amirul Syami terbabit dengan kriket.

Turut menjadi jurulatih kriket di sekolahnya, Rahmat berkata, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa ramai pemain terbabit Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung Melaka.

“Saya nak banggakan ayah. Jika saya berjaya satu hari nanti semuanya kerana ayah. Ayah begitu bersungguh-sungguh melatih saya untuk melihat saya berjaya dalam sukan ini.

“Melihat semangat ayah itu membuatkan saya mahu berlatih bersungguh-sungguh kerana mahu ayah bangga,” katanya.

Pemenang Anugerah Kecemerlan­gan Sukan Sports Excel 2016 itu menanam cita-cita untuk mewakili negara satu hari nanti.

Tegasnya jika beroleh kelapangan, pastinya dia tidak mahu melepaskan peluang menyaksika­n skuad kriket negara beraksi di temasya Sukan SEA Ogos ini.

Menjadikan kapten pasukan kriket negara, Faiz Nor dalam kriket ini adalah seorang pemain genius.

Justeru beliau turut berharap, anaknya, Amirul mampu menjadi seperti itu.

“Memang ia dikatakan antara sukan yang berbahaya tapi bagi saya sukan kriket ini mempunyai banyak kelebihan berbanding bahaya.

“Itu sebabnya saya memberi galakkan kepada Amirul untuk terbabit secara serius dalam kriket,” katanya.

Menceritak­an kembali pembabitan Amirul dalam kriket, Rahmat berkata, beliau mula mendedahka­n Amirul pada usia sembilan tahun.

“Kali pertama Amirul mewakili sebagai idola, Amirul menganggap pemain negara itu mempunyai gaya permainan yang menarik.

Katanya, gaya Faiz membuat pukulan sangat hebat dan dia juga seorang pemain mempunyai pemikiran yang pantas

“Sebab itu saya sukakan kriket. Kriket ini membuatkan anda berfikir pantas untuk matikan bola.

“Jika boleh saya mahu menjadi seperti Brett Lee dari Australia. Dia seorang pembaling terbaik dunia dengan balinganny­a mencapai 16kmh,” katanya.

Gemar mengisi masa lapangnya dengan bermain gitar, Amirul turut berharap satu hari nanti dia dapat bermain di negara luar dan mahu menunjukka­n bahawa Malaysia juga mempunyai pemain kriket terbaik. sekolah iaitu pada 2012 ke Kejohanan Perisai Tun Ahmad Sarji dan ketika itu dia dijadikan sebagai pemain simpanan.

“Bila tidak dapat beraksi sebagai pemain utama itulah yang membuatkan semangatny­a terus membuak untuk berlatih dan akhirnya dia berjaya diserapkan dalam skuad utama,” katanya.

Rahmat berkata, selepas itu Amirul tidak lagi menoleh ke belakang dan terus berjuang untuk mengharumk­an nama sekolah dan jika boleh beliau mengharapk­an anaknya itu berjaya sebagai pemain negara satu hari nanti.

Kejayaan Amirul juga banyak dibantu oleh Datuk Wira Abu Bakar Mohammad Diah, guru-guru kriket Melaka dan Persatuan Kriket Malaysia dan Melaka.

Ditanya sama ada skuad negara mampu meraih emas di Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini, Rahmat berkata, beliau yakin dengan kemampuan pemain negara.

Malah sasaran untuk meraih tiga emas bukan mustahil terutama apabila skuad senior negara kini bermain di divisyen tiga Piala Dunia manakala remaja bawah 16 tahun beraksi di divisyen dua.

„ Amirul pilih kriket walau tahu

sukan itu tidak popular

 ??  ?? BARISAN pemain kriket SMK Seri Tanjung Melaka.
BARISAN pemain kriket SMK Seri Tanjung Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia