Harian Metro

FOKUS TROFI

- Agensi

Manchester

Pep Guardiola berkata, adalah tidak masuk akal apabila ada pemain yang mengimpika­n untuk memenangi anugerah Ballon d’Or kerana mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha membantu kelab memenangi setiap pertanding­an yang disertai.

Pengurus Manchester City itu dicalonkan untuk anugerah pengurus terbaik bulanan manakala Gabriel Jesus dan David Silva pula disenaraik­an untuk menerima anugerah pemain terbaik bulanan.

Tetapi Guardiola berkata, beliau lebih berminat untuk menyaksika­n peningkata­n pasukannya bulan lalu di mana mereka menang tiga perlawanan Liga Perdana serta satu aksi Liga Juara-Juara menentang Monaco.

“Untuk bergelar jurulatih terbaik bulanan, saya tahu apa yang perlu dilakukan dan bagi saya ia tidak memberi makna apa-apa,” katanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Sunderland malam ini.

“Jika Gabriel Jesus memenangi anugerah pemain terbaik bulanan... biarkan saja tetapi saya sedih kerana dia tidak mampu membantu kami untuk lebih berjaya. Memang ketika ini dia bermain baik. Itulah yang saya ingin lihat.

“Kejayaan kami adalah kejayaan, kesilapan kami adalah kesilapan dan perkara baik adalah baik buat kami. Biasanya, anugerah pengurus terbaik bulanan diberikan kepada pengurus yang menang sepanjang bulan itu.

“Saya pernah memenangi banyak anugerah kerana saya melatih pasukan yang bagus dan jika mereka tidak beraksi dengan baik, saya tidak akan memenangi apa-apa. Bagi saya, ia tidak penting. Saya cuma mahu lihat semangat juang serta aksi terbaik pemain saya. Apa yang kami lakukan bergantung kepada rakan sepasukan, bukannya prestasi individu. Apabila penjaga gol atau penyerang bermain baik, ia adalah untuk pasukan semata-mata.”

Guardiola berkata, sudah menjadi satu tradisi di mana pemain mengimpika­n untuk menjadi pemain terbaik dunia.

“Sudah banyak kali saya dengar pemain mengatakan bahawa mereka mahu menjadi pemain terbaik dunia. Bagi saya, ia sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.

“Adakah anda mahu menang anugerah peribadi berbanding anugerah untuk pasukan? Pandangan pemain ketika ini amat berlainan berbanding sebelumnya.”

„ Guardiola tak minat gelaran peribadi sebaliknya mahu pemain

tumpu raih kejayaan untuk pasukan

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia