Harian Metro

PIOLI FOKUS SLOT LIGA-LIGA JUARA J

- AFP

urulatih Inter

Stefano Pioli menafikan laporan yang menyebut kelab itu sedang mencari penggantin­ya tetapi pada masa sama mengaku impian mereka untuk kembali bersaing di Liga Juara-Juara musim depan agak sukar.

Pioli yang menggantik­an jurulatih Belanda Frank De Boer yang dipecat November lalu, pantas menafikan laporan yang mengatakan pemilik Inter dari China Suning sudah membuat tawaran kepada pengurus Chelsea Antonio Conte untuk mengendali­kan kelab mereka.

Milan

(gambar)

Tetapi Pioli yang juga bekas pengurus Lazio itu berkata: “Wartawan memang luar biasa. Anda bercakap dan menulis mengenai jurulatih lain, kemudian anda tanya kedudukan saya!

“Untuk pengetahua­n anda, saya tetap seperti biasa... tenang.”

Suning dikatakan terdesak untuk melihat Inter – pemenang terakhir Liga Juara-Juara dari Serie A - kembali ke saingan utama Eropah buat kali pertama sejak 2012.

Begitupun, kelab yang lebih dikenali sebagai Nerazzurri itu sedang ketinggala­n 18 mata di belakang pendahulu Juventus, enam mata di belakang Napoli yang menduduki tempat ketiga yang juga slot terakhir untuk ke Liga Juara-Juara.

Pioli yang menandatan­gani kontrak 18 bulan pada 8 November, terus mengecewak­an pemilik kelab selepas meminta lebih banyak masa dengan alasan masih belum serasi dengan semua pemainnya.

Pioli berkata: “Untuk berada di kelompok tiga teratas, kami perlukan masa dan kerja keras kerana pasukan yang menduduki tempat itu sudah bersama sejak bertahun-tahun.”

Sejak kali terakhir Inter menamatkan musim di kelompok tiga teratas pada 2011, Juventus tampil memenangi gelaran sebanyak lima kali berturut-turut manakala Roma dan Napoli pula menamatkan saingan selaku naib juara dua kali dan sekali di tempat ketiga.

Beliau menambah: “Mereka mempunyai projek jangka panjang. Kami perlu mempunyai pemain yang betul untuk cuba memecahkan dominasi itu.

“Secara jujurnya, kami masih kekurangan sesuatu tetapi kami berada di landasan tepat. Anda tidak boleh mengubah semuanya hanya dalam tempoh beberapa bulan.”

Sejak Pioli menggantik­an De Boer, Inter hanya tewas tiga kali iaitu di tangan Napoli, Juventus serta Roma.

„ Nafi khabar angin Conte ganti tempatnya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia