Harian Metro

WUJUDKAN PENGADIL PROFESIONA­L

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Isu mutu pengadilan terus menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Terbaru membabitka­n keputusan kontrovers­i pengadil perlawanan Mohd Zohri Tajuddin yang membenarka­n jaringan penyamaan pemain Selangor Juliano Mineiro ketika seri 1-1 menentang Kedah dalam aksi Liga

Super, Rabu lalu.

Masalah mutu pengadilan bukan sesuatu yang baru dalam Liga Malaysia (Liga-M) malah seperti sukar untuk melihat isu itu menemui titik noktah.

Mungkin kewujudan pengadil profesiona­l antara cara terbaik untuk meningkatk­an tahap mutu pengadilan di negara ini.

Cadangan ini pernah diutarakan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah beberapa tahun lalu namun berkubur begitu saja.

Bagaimanap­un ia kembali dibangkitk­an calon kerusi nombor satu FAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku

Ismail Sultan Ibrahim yang menyatakan melahirkan pengadil profesiona­l sebagai antara agenda utamanya jika diberi mandat menerajui FAM selepas pemilihan Kongres Ke-53 pada 25 Mac depan.

Perkara itu dinyatakan TMJ yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada pertemuan dengan penyokong bola sepak tanah air sebelum ini.

“Pengadil kita selepas ini akan ada organisasi sendiri, tak ada campur tangan FAM. Kalau lihat di England kalau tak silap ada 65 atau 69 pengadil profesiona­l. Di Malaysia disebabkan bajet tinggi, mungkin sebagai permulaan kita boleh ada 15 pengadil profesiona­l dengan gaji besar, cara ini juga boleh elak bookie.

“Pengadil ini juga perlu dipantau 24 jam oleh Jawatankua­sa Integriti dan SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia), jika ada sesuatu yang meragukan, terus digantung sementara kes disiasat sehingga selesai.

“Sekarang pengadil buat silap, minggu depan boleh mengadili perlawanan semula. Semua orang buat silap tapi tak ada orang melakukann­ya 20 kali dalam satu perlawanan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM Datuk S Sivasundra­m ketika

„ Agenda utama Tunku Ismail jika jadi Presiden FAM mampu elak keputusan kontrovers­i dalam perlawanan Liga Malaysia

ditanya mengenai perkara itu berpendapa­t, cadangan berkenaan seharusnya diperhalus­i sebaik-baiknya.

“Apa saja cadangan untuk memperbaik­i sistem sedia ada sudah pasti akan disambut baik. Pada saya untuk mewujudkan pengadil profesiona­l langkah bagus cuma kita kena lihat kaedah pelaksanaa­n dari segi baik dan buruk.

“Setakat ini TMJ mengutarak­an pandangan itu di luar FAM dan perlu dibincangk­an dalam Exco terlebih dulu. Tapi sudah pasti FAM sentiasa berusaha untuk meningkatk­an tahap pengadil kita,” katanya kepada Arena Metro.

 ??  ?? MINEIRO (tengah) meraikan gol bersama rakan sepasukan selepas jaringanny­a dibenarkan Zohri.
MINEIRO (tengah) meraikan gol bersama rakan sepasukan selepas jaringanny­a dibenarkan Zohri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia