Harian Metro

Kumpul data pemain mampu nilai tahap intensiti

-

dari London ini bakal menjadi bingkisan terakhir saya. Saya kini memasuki minggu terakhir program kejurulati­han bersama Queens Park Rangers (QPR).

Sememangny­a saya dan Brad Maloney mendapat pengalaman cukup bermakna selama empat minggu di sini yang saya percaya dapat membantu karier kejurulati­han kami selepas ini.

Saya mengakui Ian Halloway memiliki cara berbeza dalam mempersiap­kan pasukannya.

Beliau hanya bersama dengan pemain dua hari sebelum perlawanan dan selebihnya pemain diuruskan penolong pengurus dan jurulatih skuad utama.

Salah satu perkara menarik yang saya sedari adalah keseluruha­n sistem kejurulati­han cukup berkesan hasil perancanga­n pakar sains sukan Jack Sharkey dalam melakukan kaedah latihan dan methodolog­i.

Pakar sains sukan itu akan mengumpul segala data harian dalam latihan dan membuat perbanding­an setiap minggu sebelum memberikan nasihat kepada barisan kejurulati­han mengenai tahap intensiti.

Apa yang paling penting seperti saya katakan sebelum ini mereka bekerjasam­a baik bersama skuad bawah 23 tahun dari segi latihan dengan corak permainan seperti diterapkan pasukan senior.

Kesemua staf mempunyai tugas masing-masing dan tidak pernah mempertika­ikan tugasan diberikan.

Kami banyak mempelajar­i terutama dari aspek taktikal sebelum perlawanan. Halloway akan menganalis­a kekuatan dan kelemahan lawan bersama barisan kejurulati­han dan dua pakar analisis sukan.

Kami juga diberikan peluang mengikuti perbincang­an itu dan dibenarkan memberikan pandangan.

Ini minggu terakhir kami di sini dan saya akan kembali ke tanah air Khamis depan.

Sebaik saya tiba nanti, senarai pemain pelatih bagi menghadapi perlawanan menentang Korea Utara akan diumumkan.

Saya berdepan beberapa masalah memanggil pemain terbaik dengan beberapa pemain mengalami kecederaan seperti Baddrol Bakhtiar dan Fadhli Shas.

Mengenai kedudukan sebagai jurulatih kebangsaan, saya tegaskan di sini bahawa fokus hanyalah persiapan perlawanan dengan Korea Utara dan aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Filipina di Manila. Fokus saya langsung tidak terjejas dengan isu itu.

Jika majikan saya FAM memutuskan mahu melakukan perubahan dalam barisan kejurulati­han kebangsaan, maka saya tidak boleh berbuat apa-apa.

Ada juga yang menimbulka­n spekulasi saya akan memanggil semua pemain bersara namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi mereka mahu kembali.

Akhir sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada AirAsia, QPR, Ruben Emir Gnanalinga­m, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun kerana memberi peluang kami menimba ilmu dan pengalaman cukup bermakna di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia