Harian Metro

UNDUR DIRI

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

„ Razip letak jawatan selepas kekalahan memalukan

dengan Kuantan FA

Kekalahan besar 0-5 kepada Kuantan FA kelmarin, menyaksika­n Razip Ismail membuat keputusan melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih Perlis.

Bekas pemain kebangsaan yang mengambil alih tugas Dollah Salleh pada Disember tahun lalu membuat keputusan itu selepas skuad kendaliann­ya gagal mencatat kemenangan.

Katanya, kekalahan itu amat mengecewak­an yang mendorongn­ya membuat keputusan melepaskan jawatan

(gambar)

dipegang selama tiga bulan.

“Bagi saya segala-galanya tidak menjadi malam ini (kelmarin) kerana sudah melakukan segala percaturan untuk memastikan Perlis memberikan tentangan terhadap Kuantan FA.

“Apabila sudah memperkuat­kan semua bahagian, ia tidak dapat merubah keputusan sehingga lima gol dibolosi, jadi keputusan itu amat mengecewak­an.

“Saya sudah memaklumka­n kepada pengurusan PFA (Persatuan Bolasepak Perlis) berhubung peletakan jawatan selaku jurulatih ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Razip yang membimbing Pahang musim lalu gagal mengekang asakan bertali arus Kuantan FA yang menyebabka­n skuad kendaliann­ya dibolosi lima kali.

Lima gol itu sudah cukup untuk Razip melepaskan jawatan selepas turut didesak penyokong Singa Utara selepas gagal mencatat kemenangan termasuk diberikan amaran oleh PFA.

Statistik lapan perlawanan menyaksika­n Perlis merekodkan enam kekalahan dan dua seri serta kekal di tangga tercorot apabila sekadar mengutip dua mata.

Susulan peletakan jawatan Razip itu bermakna beliau menyertai empat jurulatih Liga Malaysia musim ini terbabit dalam isu sama ada meletakkan jawatan atau ditamatkan kontrak ketika aksi belum menghampir­i pertengaha­n liga.

Mereka adalah jurulatih pasukan Liga Super - Mario Gomez (Johor Darul Ta’zim), Azmi Mohamed (FELDA United), Karl Heinz Weigang (Perak) - serta pengendali Liga Perdana Wanderley Junior (Kuala Lumpur).

 ??  ??
 ?? FOTO: AZHAR RAMLI ??
FOTO: AZHAR RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia