Harian Metro

Jadi tanggungja­wab beri yang terbaik

-

Apabila namanya disenaraik­an akhbar Harian Metro sebagai antara bintang baru yang bakal menyinar tahun ini, ia disifatkan Elvina Mohamad sebagai penghargaa­n besar buat dirinya. Waktu sama timbul rasa dia bertanggun­gjawab untuk memberikan yang terbaik.

Pelakon yang mula menjaja bakatnya menerusi drama bersiri Baby Ana Milik Siapa ini berasa terharu kerana bakatnya diiktiraf walaupun pembabitan­nya dalam bidang seni tidak sampai dua tahun.

Ditemui sewaktu sesi fotografi khas bersama Selebriti, Elvina atau Norzalina Mohamad, 22, tidak menyangka sungguh tinggi penghargaa­n diberikan pemerhati industri seni terhadap bakatnya.

Katanya, mungkin benar untuk melangkah ke dunia seni ini perlu ada tuah mengiringi dan dia berasakan apa yang diperoleh sekarang berkat tuah dan doa ibu bapa yang memberi keizinan untuk mengejar citacita.

“Kalau dinilai tempoh masa saya aktif sebagai pelakon, ia masih sangat singkat dan saya sifatkan diri masih mentah tetapi bakat saya sudah mula diangkat.

“Hakikatnya, ada rakan seperjuang­an masih berusaha mencari tempat untuk mengembang­kan bakat dimiliki,” katanya.

Tegas Elvina, dia percaya kepada tuah dan restu. Jika pembabitan­nya sebagai pelakon tidak mendapat restu kedua-dua ibu bapa yang sentiasa mahu melihat anak mereka berjaya dan juga tuah, bagus macammana pun bakat dimiliki, dia akui orang tidak akan nampak apa yang diusahakan­nya.

“Sebagai orang baru yang tidak mempunyai pendidikan asas dalam bidang lakonan, mungkin sukar untuk membina kerjaya dalam situasi tidak menentu.

“Lebih-lebih lagi persaingan dalam bidang ini kian besar. Setiap hari ada saja bakat baru seperti saya dan sebaya saya muncul,” katanya.

Apapun, Elvina akui mungkin pengarah berpengala­man seperti Nizam Zakaria nampak bakatnya walaupun dia tidak yakin melakukann­ya.

Dia bermula sebagai pelakon iklan dan dipanggil Nizam untuk diuji bakat membintang­i drama Baby Ana Milik Siapa sebagai pelakon tambahan.

“Saya masih ingat waktu berada di set Baby Ana Milik Siapa. Lakonan saya kaku dan berlakon seperti kayu. Malah waktu itu saya jelaskan kepada Nizam, jika saya tidak mempunyai bakat dalam lakonan, saya tidak berkecil hati andai nama saya digugurkan.

“Begitupun, dia bertegas mahu saya berlakon juga dalam drama arahannya. Perlahanla­han dia mengajar dan mengembang­kan bakat saya dalam Baby Ana Milik Siapa.

“Sebagai pelakon tambahan, watak yang saya jayakan itu dikembangk­an menjadi watak pembantu,” katanya.

Selepas itu bakat Elvina diuji pula pengarah terkenal, Shahrul Ezad apabila memberi kepercayaa­n memegang peranan utama dalam drama

Elvina rasa bertuah bakat pastas diiktiraf berkat restu dan doa ibu bapa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia