Harian Metro

Seni suram seminggu

-

Minggu yang suram dan duka buat dunia seni tanah air apabila menerima berita pemergian insan seni lima hari berturuttu­rut.

Bermula pagi Isnin lalu dengan kematian Ramli Ismail atau Ramli Kechik diikuti Ary Malik, Tan Sri Jins Shamsuddin, Shaikh Mahdi Ahmad Baladram atau Mahadi & Jalud serta penyanyi era 1960-an, M Ishak.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, semoga mereka ditempatka­n bersama orang-orang beriman.

Kalau sebut Ramli Ismail mungkin ramai tidak kenal tetapi beliau pernah menjadi pembantu peribadi Tan Sri P Ramlee dan berkahwin dengan Norlia Ghani dan anaknya, Rusdi Ramli adalah pelakon terkenal.

Ramli, 78, yang pernah berlakon watak tambahan dalam filem Nasib Do Re Mi dan Laksamana Do Re Mi, meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Shaikh Mahdi adalah ‘ventriloqu­ist’ tempatan pertama yang amat dikenali dengan persembaha­n bersama boneka dikenali sebagai Jalud dan kerap muncul dalam program TV kanakkanak.

Memulakan kerjaya selepas menyertai Bakat TV terbitan RTM pada

1978, Shaikh Mahdi, 70, menghembus­kan nafas terakhir akibat semput di rumahnya di Bandar

Tun Razak, Cheras, pada Khamis lalu, jam 11 pagi.

Penyanyi popular era 1960-an, M Ishak,

72, meninggal dunia di Hospital Dover Park, Singapura, jam 11.30 malam kerana barah paruparu.

M Ishak atau Mohamed Ishak Shaik Mohamed yang dikenali dengan lagu Yale Yale, pernah menghasilk­an dua album, The Young Lovers (1967) dan Joget Si Hitam Manis (1970).

Jins pula nama besar dalam dunia seni tanah air. Dikenali sebagai pelakon dengan watak hero, pengarah hebat yang banyak menang anugerah, penggiat seni yang banyak menyumbang jasa serta dilantik sebagai senator.

Dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935, Jins atau Mohamed Zain Shamsuddin mula uzur sejak disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabka­n beliau hilang ingatan dan sukar bercakap pada 2011.

Pada 1 Mac lalu, disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, jam 5.45 petang disebabkan sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamanny­a.

Dengan pemergian

Jins Shamsuddin, impian untuk meneruskan pembikinan filem Pasir Salak berakhir sudah. Memetik kata-kata beliau 10 tahun lalu, memang sudah lama berhasrat dan sebelum menutup mata ingin menghasilk­an Pasir Salak.

Ia merupakan filem sejarah penting yang memaparkan bagaimana perjuangan nenek moyang kita terdahulu dalam menentang penjajah.

“Insya-Allah, saya akan berusaha menyiapkan filem ini selewat-lewatnya hujung tahun dan mungkin ini merupakan karya terakhir daripada saya.

“Bagaimanap­un, jika masih dipanjangk­an umur saya ada satu lagi hasrat iaitu untuk filemkan sejarah hidup guru saya, P Ramlee apabila selesai kerja-kerja pengambara­n filem Pasir Salak nanti,” katanya.

Ternyata dua impian itu tidak kesampaian. Pembikinan Pasir Salak terbengkal­ai selepas membuat penyelidik­an selama dua tahun termasuk di London dan menempah 120 pucuk senjata dan pakaian dari Bandung, Indonesia.

Baru-baru ini,

Pengarah Mamat Khalid memaklumka­n projek menghasilk­an filem sejarah Pasir Salak dan sudah mendapat kelulusan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Katanya, filem itu adalah karya baru dan tiada kaitan dengan filem judul sama yang pernah dirancang oleh Tan Sri Jin Shamsuddin. Buat masa ini masih dalam proses menyiapkan skrip.

Jumaat lalu anak Jins, Putera Hang Jebat melalui laman sosial Facebookny­a meluahkan kerinduan terhadap ayahnya dan menyuruhka­nnya berehat di sana. Dia akan sentiasa mengirimka­n doa buat ayahnya dan biar urusan dunia mengenai ayahnya dia yang uruskan.

Jins meninggalk­an isteri, Puan Sri Halijah Abdullah dan dua anak mereka, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. Seorang lagi anak lelaki arwah, Mohamad Jefri hasil perkahwina­n dengan Rahmah Rahmat, tidak dapat bersama pada hari ayahnya dikebumika­n dan tiba lewat petang Khamis.

Sementara itu, status sebenar Shazrin Iskandar atau Hang Tuah terus menjadi teka-teki.

Shazrin pada April 2015 mengejutka­n ramai apabila mendakwa dirinya anak Jins yang sah hasil perkahwina­nnya dengan Jamilah Shukor pada 1973.

Bagaimanap­un, ia dinafikan Halijah serta anak-anaknya dan mengaku mempunyai bukti mengenai perkara itu. Perkara itu senyap begitu saja. Sejak dilahirkan, Shazrin dibesarkan ibu saudaranya yang juga kakak

Jins, Hazizan Samsudin di Taiping, Perak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia