Harian Metro

Ary insan disayangi ramai

-

Dengan pantas berita itu dikongsi melalui berita dalam talian (online) dan sepantas kilat pula dicedok blogger tetapi 10 minit kemudian, sumber sama memaklumka­n Ary masih bernafas dengan bantuan alat pernafasan.

Sepantas kilat juga berita itu ditarik balik tetapi apakan daya, ia sudah ter- sebar luas dan ramai yang berkongsi di laman sosial.

Membaca komen dan luahan ramai, mereka terus menuding jari kepada wartawan yang menuduh tanpa usul periksa menyebarka­n berita palsu.

Doa dipanjatka­n semoga Ary panjang umur, tapi sang pencipta lebih menyayangi­nya apabila mengambiln­ya jam 7.17 malam dan disahkan suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddi­n. Ary meninggal dunia ketika usia masih muda, 46 tahun.

Kini ketiadaan Ary cukup dirasai dan pastinya akan dirindui bukan hanya peminat tetapi juga wartawan kerana mereka ada memori indah bersamanya.

Ketika hayatnya, Ary yang juga kakak penyanyi Min Malik, dikenali rakan wartawan sebagai artis yang baik dan tiada kontrovers­i, seorang yang ramah dan murah dengan senyuman.

Jika peminat dan rakan sangat merasai kehilangan­nya, apatah lagi keluarga terutama suami dan anakanak, Nur Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Kata suaminya, dia berasa kehilangan besar dalam hidupnya kerana Ary isteri yang sangat penyayang selain dia banyak belajar mengenai kehidupan sepanjang bersamanya.

Ary disahkan menghidap kanser ovari tahap empat selepas menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju pada Mei tahun lalu. Pada mulanya dikatakan ketumbuhan biasa apabila sakit bahagian perut dan menjalani pembedahan. Ketika itu barulah dikesan kanser dan sejak itu Ary menjalani rawatan kimoterapi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia