Harian Metro

Tony tunggu ‘SINDIKET’

-

Filem isu pemerdagan­gan manusia arahan Bade Haji Azmi akan ditayangka­n 6 April

Pengalaman dipenjarak­an selama lima bulan 10 hari di Penjara Admiralty West, Singapura selepas didapati bersalah memiliki ganja, meninggalk­an kesan mendalam buat pelakon Tony Eusoff, 39.

Pengalaman hitam mengubah diri pelakon berasal dari Sarawak agar tidak mengambil mudah semua perkara yang berlaku dalam hidup.

Selama ini katanya, dia sering mengambil mudah apa yang berlaku tetapi kehidupan dalam penjara membuatkan dia menilai kembali kehidupan terutama hubungan dengan keluarga, rakan dan kerjaya.

“Bayangkan dalam penjara, komunikasi dengan dunia luar disekat sebab telefon diambil. Tapi saya selalu mendapat surat daripada keluarga, rakan dan peminat yang memberi kata-kata sokongan,” katanya.

Tony atau Anthony Joseph Hermas Rajiman, dipenjarak­an pada 31 Mac tahun lalu selepas didapati bersalah memiliki ganja. Pelakon filem Sepi itu dibebaskan pada 1 Oktober tahun sama, tiga bulan lebih awal kerana berkelakua­n baik.

Tony bersyukur dikurniaka­n keluarga dan rakan yang mengambil berat biarpun sudah melakukan kesalahan.

Baginya, mungkin disebabkan bersikap terbuka mengakui kesilapan, meminta maaf dan menjalani hukuman membuatkan dia diterima semula dalam masyarakat.

Selama dalam penjara, Tony banyak menghabisk­an masa di perpustaka­an penjara dengan membaca hampir 50 buku. Masa sama, dia bekerja di dapur penjara sebagai sebahagian daripada aktiviti disediakan.

“Banduan diberi peluang untuk mengikuti kerja tertentu. Antaranya dobi, bengkel kenderaan dan dapur. Saya diberi peluang untuk bekerja di bahagian dapur.

“Biarpun bayaran diterima tidak setimpal dan digunakan sebagai duit poket selepas keluar penjara, ia membantu saya membuka peluang baru.

“Saya kini mengusahak­an perniagaan ‘hot dog’ dengan membuka gerai jualan di tapak pesta atau karnival berkaitan sejak bulan lalu bersama rakan,” katanya.

Tony gembira kerana biarpun baru dalam bisnes itu, sambutan diterima daripada pelanggan sangat menggalakk­an dan ada kala dia sendiri tidak menang tangan.

Apa pun katanya, tidak bermakna kerjaya lakonan jatuh ke tempat kedua kerana minatnya pada lakonan tetap utuh.

“Pada awalnya saya risau memikirkan apakah masih ada tempat untuk terus berada dalam industri. Tapi sebulan selepas dibebaskan, saya dapat tawaran menjayakan satu acara korporat.

“Beberapa bulan selepas itu, saya dapat pula tawaran menjayakan drama Beautiful World untuk siaran NTV7.

“Saya sangat bersyukur sebab tuhan memberikan peluang kedua ini. Saya tidak boleh merungut dan perlu berusaha lebih gigih untuk bayar balik masa yang dibuang iaitu lima bulan di penjara,” katanya.

Lebih mengharuka­n Tony kerana tahun ini dua filem lakonannya, Sindiket arahan Bade Haji Azmi dan Orang Itu arahan Ida Nerina dan Low Ngai Yuen akan ditayangka­n.

“Biarpun penggambar­an filem itu empat tahun lalu, ia sedikit sebanyak mengubat kerinduan untuk beraksi semula di layar lebar.

“Saya juga mendapat tiga lagi tawaran filem baru yang dijangka menjalani penggambar­an tahun ini,” katanya.

Filem Sindiket akan ditayangka­n pada 6 April depan disifatkan­nya sebagai karya yang mempunyai nilai tersendiri membabitka­n isu pemerdagan­gan manusia.

Katanya, isu itu bukan baru tapi pendedahan dari sudut komersil kurang diperkatak­an selain sering dilihat dalam iklan atau pesanan khidmat masyarakat.

“Memang filem dihasilkan untuk menghiburk­an penonton tetapi dalam berhibur, nilai dan kualiti yang diketengah­kan juga wajib ada.

“Bagi saya tiada istilah filem itu perlu ada mesej. Kalau nak sampaikan mesej, lebih baik pergi dengar ceramah atau guna telefon bimbit untuk sampaikan mesej melalui SMS atau WhatsApp!” katanya ketawa.

Nilai dan kualiti yang dimaksudka­n itu katanya menyentuh kepada momen yang mampu menggerakk­an penonton untuk berfikir dan melakukan perubahan serta terhibur.

Katanya, pengalaman bekerja dengan Bade disifatkan sebagai peluang menarik. Biarpun pernah bekerja dengan Bade dalam telefilem dan drama, filem memaparkan sudut berbeza kerana ia bergerak dalam satu pasukan lebih besar.

Ia turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Daphne Iking, Rashidi Ishak,

Liyana Jasmay, Sharifah Amani dan Soo Wincci.

Tony juga menyimpan hasrat untuk beraksi dalam genre komedi satu hari nanti kerana genre itu bukan baru baginya di pentas teater.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia