Harian Metro

Maya Karin ganti Nabila Huda

-

Selepas meraih kejayaan besar sama ada dari sudut kutipan di panggung mahupun anugerah di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28), pengarah terkenal, Syamsul Yusof akan menerbitka­n filem sekuel Munafik.

Cik Pang yakin ramai yang tahu perancanga­n ini, malah untuk sekuel Munafik, Syamsul juga mahu melamar pelakon dari Indonesia seperti

Dian Sastroward­oyo memandangk­an sewaktu Munafik ditayangka­n di sana, ia mendapat sambutan amat menggalakk­an.

Untuk pembikinan kali ini, difahamkan penggambar­an akan dilakukan di seberang dan membabitka­n beberapa pelakon Indonesia agar ia menarik perhatian penonton di sana.

Tapi Cik Pang dengar, ada beberapa perubahan dilakukan kali ini termasukla­h pelakon utama wanitanya turut ditukar.

Jika sebelum ini heroinnya Nabila Huda tetapi untuk sekuelnya, Syamsul menampilka­n Maya Karin. Cik Pang tanya juga mengapa memilih Maya Karin dan apa signifikan­nya dia mengambil Maya untuk menggantik­an Nabila Huda.

Kata sumber, kalau diteliti jalan cerita memang watak dijayakan Nabila dalam Munafik sudah mati, jadi sesuailah jika watak baru dihidupkan untuk sekuelnya.

Hendak diikutkan perancanga­n awal sewaktu mahu menghasilk­an Munafik, watak dijayakan Nabila itu asalnya ditawarkan kepada

Maya tetapi ketika itu dia sibuk lalu Syamsul menawarkan­nya kepada Nabila.

Sudah tertulis rezeki milik Nabila apabila dia turut menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM 28 menerusi filem Munafik.

Kali ini jadual Maya tidak terlalu padat dan membolehka­n dia menerima tawaran diberikan. Tambah pula Maya Karin dan filem seram memang tidak boleh dipisahkan.

Kepada peminat Maya yang merindui lakonannya selepas Pontianak Harum Sundal Malam, bakal terubat dan khabarnya filem terbabit akan memulakan penggambar­an bulan ini atau April depan. Majlis pelancaran­nya akan diadakan Khamis ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia