Harian Metro

Dah tak boleh berlakon sama

-

Sebelum ini mereka pernah berlakon sama dan tidak dinafikan mereka memang serasi apabila digandingk­an sebagai hero dan heroin.

Melihat keserasian mereka, Cik Pang berasa sudah tentu menarik sekiranya mereka berganding­an semula terutama membabitka­n drama komedi romantik.

Tambah pula kebelakang­an ini kebanyakan drama menampilka­n pelakon wanita popular dan pelakon lelaki popular ini secara berasingan kurang impak dan rating tidak tinggi seperti karya yang menganding­kan mereka berdua.

Bagaimanap­un, apabila perkara itu Cik Pang suarakan kepada rakanrakan penerbit mahupun pengarah, ada cerita panas yang disampaika­n membuatkan mereka tidak dapat menemukan kembali pelakon wanita dan lelaki popular berkenaan.

Kisahnya, sewaktu mereka digandingk­an dalam drama yang popular, sebenarnya mereka benarbenar jatuh cinta.

Sebab itu bagi penonton yang menyaksika­n drama itu, mereka lihat percintaan yang dipaparkan kedua-dua pelakon itu benar-benar hidup.

Perkara itu diketahui suami pelakon wanita dan isteri pelakon lelaki popular terbabit menyebabka­n timbul masalah dalam perkahwina­n masingmasi­ng. Disebabkan perkara itu juga, isteri pelakon lelaki popular yang juga sebagai pengurus membuat keputusan mengikut suaminya bekerja.

Sedangkan sebelum ini, isterinya berasakan walaupun menjadi pengurus dia tidak perlu mengikut ke lokasi kerana tidak mahu produksi mahupun pelakon wanita yang berganding­an dengannya berasa tidak selesa.

Namun kebebasan diberikan itu disalah guna. Mahu atau tidak, demi kebaikan rumah tangga mereka, isteri pelakon lelaki itu bersikap lebih tegas dan menunggu di set penggambar­an setiap kali suaminya bekerja.

Begitu pula ceritanya, Cik Pang memang terkejut juga mendengarn­ya. Maklumlah apabila lihat di luar, kedua-dua pelakon popular ini dilihat begitu bahagia.

Mereka juga selalunya dilihat profesiona­l apabila bekerja dan tidak sangka pula boleh timbul isu jatuh cinta antara mereka.

Kalau begitu, memang sepatutnya pasangan masing-masing bersikap tegas dan tidak membenarka­n mereka ditemukan dalam manamana drama mahupun filem. Bimbang nanti cinta berputik kembali.

Bagi isteri pelakon lelaki popular itu, mujur dia bertindak sebagai pengurus, selepas ini dia boleh menjaga gerak-geri suami sepenuhnya demi memastikan perkahwina­n mereka tidak tergugat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia