Harian Metro

Hubungi saya tengah hari ya!

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Untuk kesekian kali, Leeteuk dari Super

Junior (Suju) sekali lagi berdepan insiden nombor telefon ‘bocor’ sehingga mengganggu kehidupan hariannya.

Leeteuk mendedahka­n hal itu di laman sosial Instagram dan Twitternya selepas sering diganggu bagi memberi peringatan kepada pihak yang tidak bertanggun­gjawab itu.

Katanya, dia tidak kisah dengan apa sahaja cuma berharap pihak tidak bertanggun­gjawab tidak menghubung­i atau menghantar pesanan kepadanya selepas tengah malam.

“Saya rasa nombor telefon saya dibocorkan di luar negara. Saya perlu menjalani penggambar­an awal pagi, jadi tolong jangan hubungi saya selepas waktu itu.

“Kalau mahu hubungi saya pada tengah hari ya. Tolonglah,” katanya.

Leeteuk pernah mengalami kejadian serupa pada 2012. Pada waktu itu dia menerima pesanan yang maklumat peribadiny­a sudah didedahkan.

Dia akui tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana sudah laluinya sebelum ini tetapi dia tidak suka dengan keadaan itu.

“Pihak polis mendakwa maklumat peribadi saya sudah didedahkan pihak tertentu dan siasatan sudah pun dijalankan.

“Tapi saya tahu ia akan berlaku sekali lagi. Satu panggilan telefon lain pula muncul selepas saya menukar nombor telefon,” katanya.

Dalam pada itu, Leeteuk pernah mempertaru­hkan nyawanya menyelamat­kan anggota termuda Suju, Kyuhyun. Ia diceritaka­n Leeteuk yang juga anggota ke-12 Suju serta ketua kumpulan bersama rakannya, Shindong ketika muncul sebagai tetamu program Happy Together di saluran KBS.

Kejadian sedekad lalu dan kemalangan itu mungkin membunuh mereka tetapi sebagai ketua kumpulan

Suju, dia pantas berfikir dan mempunyai rasa tanggungja­wab bagi menunjukka­n betapa dia prihatin dengan anggota Suju lain.

Kemalangan yang berlaku pada 2007 sangat dahsyat membabitka­n empat anggota Suju dan dua pengurus mereka sehingga Leeteuk terpaksa menerima 30 jahitan di dahi dan 150 lagi di bahagian pinggul.

Bagaimanap­un sebaik saja ambulans tiba, dia menyuruh penyelamat untuk merawat Kyuhyun terlebih dulu yang kebetulan duduk di kerusi depan sebelah pemandu kerana mengalami kecederaan lebih parah.

Shindong menjelaska­n, bagaimana pengorbana­n dilakukan ketua kumpulan berusia 33 tahun itu ketika kejadian.

“Eunhyuk sedang menjaga Kyuhyun dan saya pula menjaga Leeteuk tapi dia mengalami pendarahan yang agak teruk.

“Anggota penyelamat membawa peralatan menyelamat untuk membantu dia (Leeteuk) tapi dia meminta mereka membantu Kyuhyun terlebih dulu,” katanya.

Anggota Suju lain turut berkongsi cerita sama ketika muncul dalam program Radio Star di saluran MBC pada 2012.

Menurut Leeteuk, mereka baru saja habis rakaman Super Junior

Kiss The Radio dan dalam perjalanan pulang ketika kemalangan berlaku.

Salah satu tayar van tibatiba meletup menyebabka­n van dinaiki terbabas ke besi penghadang dan terbalik.

Mereka menemui Kyuhyun tidak sedarkan diri pada jarak 30 meter dari lokasi kejadian dengan pakaian koyak rabak.

Pengurus mereka yang memandu van itu mengakui kesalahan, malah melutut meminta maaf di atas jalan raya sambil menjerit mahu membunuh diri.

Kesan daripada kejadian itu, Eunhyuk akui membuatkan mereka sedar betapa pentingnya setiap anggota kumpulan kepada diri mereka.

Suju dijangka kembali dengan album baru selepas dua tahun berehat. Leeteuk sendiri berkongsi hal itu ketika menjadi pengacara bersama pada Anugerah Carta Muzik Gaon ke-6, pada 22 Februari lalu.

Album baru itu masih dalam proses pembikinan an dijangka siap sebelum

khir tahun ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia