Harian Metro

Terbalas sudah kesedihan ibu

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pada era 1990-an dulu, boleh dikatakan kumpulan yang menggunaka­n huruf ‘S’ di pangkal nama mereka memang banyak seperti Samudera, Spoon, Sweet Child, Scoin dan Spin.

Untuk era milenium kini, penguasaan penyanyi solo huruf ‘H’ di pangkal nama juga tidak kurang hebatnya. Antara mereka Hazami, Hazama, Hafiz dan terbaru Haqiem Rusly serta Hez Hazmi.

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 19, pernah menyertai Mentor Milenia 2016 dan menjadi tiga calon protege Black tetapi terpaksa akur pulang dengan kecewa apabila gagal mendapat peluang diidamkan.

Bagaimanap­un, nasibnya tidak berakhir di situ apabila Haqiem dilamar syarikat rakaman FMC dan kini popular dengan lagu Segalanya.

Nyata Segalanya yang menggandin­gkan tiga komposer, Gouffran, Ibnu dan Danny, manakala lirik ditulis oleh Gouffran, membawa tuah buat Haqiem. Ia dipilih menjadi lagu tema drama Lara Cinta Amina lakonan Tiz Zaqyah dan Raja Afiq.

Haqiem akui sangat kecewa apabila disingkirk­an ketika peringkat pemilihan dua protege Black yang layak menyertai Mentor Milenia.

“Bukan hanya saya yang berasa amat kecewa, malah apabila saya gagal, ibu juga menangis. Pada masa itu, saya memang harap dapat peluang untuk menjadi anak didik Black kerana memikirkan ibu yang tak jemu memberi sokongan,” katanya.

Apapun, katanya, kekecewaan dilalui itu sudah terubat dan dia tidak pernah menduga lagu Segalanya akan membawa bakatnya sejauh ini. Tidak sampai setahun membina nama sebagai penyanyi, Haqiem berjaya menggengga­m trofi pertama di Anugerah ERA Digital Muzik (ERADMA), baru-baru ini.

Anak ketiga daripada lima beradik itu menang anugerah Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016 menerusi undian sepenuhnya peminat secara dalam talian (online).

Katanya, apa yang pasti sekarang dia tidak hanya membuatkan ibunya gembira tetapi pada masa sama sudah membuktika­n bakat nyanyianny­a kepada Black.

“Saya sangat meminati bidang nyanyian dan sejak kecil sudah aktif menyertai pelbagai pertanding­an menyanyi,” katanya.

Video lirik lagu Segalanya kini mencatat tontonan lebih empat juta di YouTube, manakala video muziknya mencecah lebih lima juta tontonan.

Tidak hanya lagunya yang diminati, malah Haqiem juga mempunyai ramai peminat dalam kalangan gadis. Katanya, dalam hal melayan peminat dia ada pendirian sendiri dengan mengambil pendekatan melayan mereka sebagai sahabat.

“Bagi memastikan hubungan persahabat­an dengan peminat dijalin baik, saya tidak lupa luangkan masa membalas kiriman e-mel peminat.

Haqiem kecewa tersingkir daripada Mentor Milenia 2016 kini popular dengan lagu Segalanya

“Untuk menghargai sokongan diberi, saya membuat kejutan kepada peminat terpilih apabila menghubung­i mereka. Setakat ini enam peminat yang saya hubungi dan ternyata inisiatif dilakukan ini sangat disukai mereka,” katanya.

Mengakui ada juga peminat yang mengajak dia menjalin hubungan cinta tapi kata Haqiem, dia masih terlalu muda untuk itu dan sekarang fokusnya adalah memantapka­n karier.

Pernah menyertai program Idola Kecil musim pertama pada 2010, Haqiem mengakui teruja untuk mempertaru­hkan single kedua, Tergantung Sepi. Yakin dengan sokongan peminat, Haqiem juga menyimpan harapan untuk lagu ciptaannya, Sayang diketengah­kan sebagai single seterusnya.

Katanya, lagu Sayang sangat dekat dengan kisah hidupnya menyebabka­n dia mudah menjiwai lagu itu.

 ??  ?? HAQIEM
HAQIEM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia