Harian Metro

Aksi pertarunga­n sempurna

-

Namun lakonan

emosi pelakon ‘kurang jiwa’, dialog pula terlalu

keras

FILEM: J-Revolusi ARAHAN: Zulkarnain Azhar

PELAKON: Zul Ariffin, Izara Aisyah, Nur Fazura, Farid Kamil, Peter Davis, Iedil Putra, Azad Jasmin

GENRE: Aksi drama TAYANGAN: 2 Mac 2017 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Perkara pertama penonton tempatan fikirkan pastinya perbanding­an filem mana lebih hebat antara J-Revolusi atau Polis Evo?

Ia tidak dapat dielakkan kerana kehangatan Polis

Evo dua tahun lalu masih diperkatak­an, seolah-olah menjadi penanda aras kepada filem aksi terhebat tempatan.

Namun dua filem ini berbeza dari segi penceritaa­n, plot, premis, perwatakan dan teknikal. Persamaan hanya pada agensi diwakili dan percubaan untuk menaikkan imej Unit Tindakan Khas (UTK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta filem tempatan.

Kelebihan J-Revolusi kerana menonjolka­n sisi berbeza barisan pelakon, terutama Zul Ariffin, Izara Aisyah, Fazura dan Farid Kamil. Setiap pelakon diberi ruang beraksi tersendiri.

Fizikal filem berada di tahap terbaik, terutama dengan penggunaan peralatan taktikal khas UTK seperti pakaian seragam, senjata dan kenderaan yang tidak pernah dipaparkan dalam mana-mana filem tempatan sebelum ini.

Aksi pertarunga­n juga lebih sempurna kerana setiap aksi dihasilkan dengan terperinci dan sesuai untuk setiap babak diwakili. Contohnya, babak di atas jejambat, babak tergantung dari tempat tinggi dan babak kejarmenge­jar.

Malang sekali filem ini kurang ‘jiwa’, emosi dan penceritaa­n. Lakonan Zul sebagai Jay bergantung semata-mata pada fizikal sahaja.

Izara sebagai Eddy pula terlalu mencuba untuk menjadi lasak,

Fazura sebagai Dian bagai hilang arah dalam mencari kekuatan sebenar perwatakan.

Begitu juga halnya dengan Iedil Putra sebagai Jiman yang lakonannya agak ‘underrated’.

Hanya Azad Jasmin sebagai Skodeng berjaya mewarnakan penceritaa­n melalui komedi santai. Sesekali babak bersama Fatimah Abu Bakar yang memegang watak ibu turut memberi warna tersendiri dalam lakonan.

Jujurnya, lakonan dan drama yang diwujudkan dalam perwatakan serta dialog dilontarka­n terlalu keras dan berhati-hati. Berkemungk­inan kerana setiap pelakon protagonis terpaksa mengekalka­n keseriusan cara kerja UTK dalam dunia sebenar.

‘Plot twist’ juga tidak meyakinkan terutama apabila mencari punca kenapa Dian berpaling tadah. Alasan yang diberikan Dian terlalu ringan untuk diangkat menjadi sebab segala yang berlaku.

Apa sekali pun,

J-Revolusi tetap mempunyai kekuatan tersendiri dan wajar menjadi tontonan bagi yang mencari kualiti filem aksi tempatan selepas Polis Evo.

Ia mengisahka­n Jay Zulkarnain, ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang mempunyai pasukan digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh.

Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian juga ejen, ditangkap pengganas.

Dalam misi menyelamat­kan Dian, Jay terperangk­ap dan dituduh membunuh rakan setugasnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia