Harian Metro

Tonton adik secara online

-

penonton boleh menyaksika­n drama secara online pada bila-bila masa dan di mana juga. Kiranya, bolehlah ulang berapa banyak kali nak tonton. Malah disediakan juga banyak pilihan drama terbaik.

Selain drama yang disiarkan stesen TV, kini melalui kemudahan portal atau aplikasi hiburan juga sudah ada drama yang memang dihasilkan khas untuk ditonton secara online sahaja.

Macam drama terbaru adik, 3 Gadis Manis yang dapat ditonton secara online mulai 8

Mac ini melalui laman sesawang www.3gadismani­s.com.my. Apa yang menarik mengenai drama ini? Selain jalan ceritanya, sudah semestinya pemilihan pelakon yang mantap.

Jadi, secara tidak langsung mesej yang ingin disampaika­n terus saja terpahat di hati penonton.

Drama ini setiap episodnya disiarkan selama enam hingga lapan minit sahaja tetapi bagi adik, paling utama ialah pengajaran yang ingin disampaika­n itu sangat penting! Paling utama.

Sebagaiman­a judulnya, drama ini dibintangi tiga gadis manis iaitu adik, Mira Filzah dan Cristina Suzanne. Malah turut dibantu pelakon seperti Alvin Chong serta Dottie. Adik membawa watak Mimi manakala Mira Filzah sebagai Aishah dan Cristina Suzanne jadi Nadya.

Ia mengisahka­n persahabat­an tiga gadis yang mula terjalin sejak mereka mula tinggal bersama di ibu kota Kuala Lumpur. Biarpun mereka daripada latar belakang berbeza, mereka sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Drama enam episod ini juga paparkan karakter tiga gadis ini yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menghadapi cabaran hidup serta dalam mencari cinta sejati.

Drama ini boleh ditonton secara online sahaja, tau? Ingat tu dan jangan sekali-kali lupa tonton, ya sayang adik semua!

Adik harap akan ada banyak lagi drama online yang diterbitka­n station TV serta produksi tempatan. Ia amat memudahkan penonton untuk mengatur masa mereka. Termasukla­h kekasih hati yang jenis tak lekat di rumah dan bolehlah tonton drama adik. Terubat sikit rindu, kan?

Bukan untuk drama adik sahaja, malah drama yang lain boleh juga. Boleh tengok di mana saja. Apatah lagi drama yang durasi masa untuk ditonton sangat pendek. Jadi, marilah kita tengok secara beramai-ramai, ya?

Mungkin lepas ini boleh buat drama yang lebih berat dan padat untuk disiarkan secara online sahaja. Mana tahu?

Janji, mesejnya dapat disampaika­n dengan baik.

Okaylah, adik nak pergi janji temu dulu. Dengan siapa? Tentulah dengan keluarga adik! Apapun, jumpa lagi kita pada minggu depan, ya? #Penerimaan­DramaOnlin­e

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia