Harian Metro

Tangkas pukul bulu tangkis

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Alvin, Azhar cari semula tenaga dengan lakukan perkara beri kegembiraa­n

Badminton antara 10 sukan popular dimainkan rakyat Malaysia selain bola sepak, sepak takraw, hoki, boling, tenis dan futsal.

Tidak hairanlah ia juga menjadi pilihan selebriti tempatan untuk mengisi masa relaks seperti pelakon dan penyanyi kacak, Alvin Chong,

25, dan penyanyi Azhar Osman, 28, bekas anggota kumpulan Azhael.

Segmen Relaks SELEBRITI minggu ini meluangkan masa hampir satu jam menonton ketangkasa­n Alvin dan Azhar bermain badminton.

Alvin yang dikenali melalui drama Suri Hati

Mr. Pilot mula bermain sejak sekolah rendah dan pernah mewakili sekolah ke pertanding­an badminton.

Katanya, dia memang aktif suatu ketika dulu tetapi apabila memasuki sekolah menengah, dia terpaksa berhenti kerana fokus kepada pelajaran.

“Mungkin sudah lama tidak memegang raket, saya kembali bermain untuk mengisi masa lapang kira-kira dua tahun lalu,” katanya.

Juara Astro Star Quest pada 2009 itu akui memilih badminton kerana itu saja aktiviti yang mampu membuatkan dia berasa bahagia.

Apatah lagi dengan tekanan kerjaya seni yang menuntut waktu yang panjang, dia perlu mencari semula tenaga dengan melakukan perkara yang menggembir­akan.

Untuk itu, dia memperuntu­kan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu untuk bermain badminton.

“Biasanya saya bermain dengan rakan kolej. Kadang-kala ada juga mengajak rakan artis yang mempunyai minat dan kelapangan masa.

“Kami akan peruntukan waktu malam pada hari biasa kerana hujung minggu selalunya sibuk dengan persembaha­n, penggambar­an dan bersama keluarga,” katanya.

Antara kepuasan lain ditemui tatkala bermain badminton ialah dapat berpeluh dan masa sama, membantu menurunkan berat badan.

Selain itu, bermain badminton juga menuntut Alvin untuk belajar erti kerjasama dan kepercayaa­n, terutama jika dia bermain secara berpasanga­n.

Kata Alvin, dia tidak menolak kemungkina­n untuk menyertai pertanding­an badminton sama ada secara peribadi mahupun mewakili

 ??  ?? ALVIN (kiri) bersama Azhar.
ALVIN (kiri) bersama Azhar.
 ??  ?? SESI regangan badan.
SESI regangan badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia