Harian Metro

Tidak boleh lewat makan

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Memiliki berat badan 40 kilogram, tidak semua wanita mampu mengekalka­nnya seperti pelakon Ardell Aryana,

27. Namun, ketika ditanya rahsia memiliki badan selangsing itu, Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin tidak berselindu­ng dan sedia berkongsi.

Pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini berkata, dia bukan seorang yang begitu menjaga pemakanan. Dia juga tiada masalah untuk makan apa saja jenis makanan cuma memang berat badannya tidak mudah naik.

“Sebelum ini saya pernah ditahan di wad beberapa hari kerana penyakit gastrik. Sejak itu, berat badan menurun. Sekarang apabila keadaan kesihatan semakin pulih, nampaknya ia sangat memberi kesan kepada berat badan saya.

“Walau banyak mana sekalipun saya makan, memang berat takkan naik dan mungkin ini satu bonus juga,” katanya.

Hanya mengharapk­an dirinya sentiasa berada dalam keadaan sihat, Ardell kini tidak boleh terlewat makan. Dia perlu pastikan keadaan perutnya tidak terlalu lapar.

“Saya kena makan supaya perut tidak kosong. Apapun, saya tetap amalkan minum banyak air suam termasuk minuman berkhasiat seperti air halia dan herba. Ia akan diminum setiap hari,” katanya.

Adell juga tidak ketinggala­n mengambil produk makanan tambahan keluaran jenamanya, Adell Beauty.

Katanya, dia menggunaka­n produk ini selama setahun dan amat serasi serta memberi kesan yang baik kepadanya.

“Bukan hanya makanan tambahan tetapi saya juga menggunaka­n produk penjagaan kulit jenama yang sama. Menggunaka­n produk kesihatan dan kecantikan sendiri ini ada baiknya serta menjimatka­n,” katanya.

Mengenai fesyen pilihan yang suka digayakan, Ardell akui bukanlah seorang yang sangat cerewet.

Katanya, kalau soal fesyen dia suka pakaian ringkas dan senang digayakan.

“Apa yang pasti, saya utamakan tampil kemas. Untuk fesyen yang memang saya suka gayakan ialah pakaian alaala ‘boyish’ kerana rambut saya pun pendek.

“Saya juga seorang yang aktif dan sukakan aktiviti lasak. Jadi, fesyen saya selalunya memang ringkas,” katanya.

Apapun kata Ardel, dia tetap memastikan setiap pakaian digayakan sesuai dengan tema majlis hiburan akan dihadiri.

Ardell gembira kerana drama Namaku Bedah kini disiarkan TV9. Melakonkan watak pembantu dalam drama sebanyak 20 episod itu, Ardell mengakui dia akur pada rezeki.

“Saya tidak sedih mahupun kecewa apabila hanya diberikan watak pembantu dalam drama itu. Bagi saya, sama ada watak pembantu atau utama bukan persoalann­ya. Apa yang paling utama ialah lakonan dipersemba­hkan.

“Dalam soal ini, sebagai pelakon saya harus peka dan kreatif dalam mempelbaga­ikan gaya lakonan untuk karakter dilakonkan itu,” katanya,

Apa pun, Ardell kini teruja menantikan tayangan filem ketiga lakonannya, Surf This

Love di pawagam. Untuk filem itu, Ardell berlakon di samping pelakon seperti Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Pekin Ibrahim dan Josiah Hogan.

Ardell juga aktif dalam bidang pengacaraa­n dan baru-baru ini muncul dalam program travelog, Extreme Road Trip.

Program sebanyak 13 episod itu yang memberi cabaran untuk pengacara meneroka aktiviti lasak turut dihoskan bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia