Harian Metro

Empat madu bersatu elak kena cerai

-

Suami sebagai ketua sepatutnya menjalanka­n amanah menguruska­n semua ahli keluarga apatah lagi membabitka­n empat isteri jangan sampai berlaku perselisih­an faham.

Islam meletakkan panduan bermadu dengan sempurna tetapi sayangnya ada juga suami bersikap ‘lepas tangan’ sebagai ketua keluarga malah gagal dalam menunaikan tanggungja­wab mendidik isteri.

Walaupun hidup bermadu dihalalkan, poligami bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut pengorbana­n suami, isteri-isteri.

Itulah kisah menarik yang disampaika­n dalam drama Mambo No 5 yang disiarkan TV1 menerusi slot Panggung Ahad pada 12 Mac, jam 10 malam.

Telefilem komedi ini mengisahka­n lelaki beristeri empat, jatuh cinta dengan wanita lain yang lebih cantik bergaya. Situasi itu membuatkan mereka berempat yang pada mulanya bermasam muka bertemu dan bersepakat mahu mempertaha­nkan status mereka sebagai isteri.

Dilakonkan Che Kem sebagai Haji Soud, bersama Jasmin Hamid, Nadia Mustafar, Faezah Elai dan Sharifah Nadia, ia memberi pengajaran kepada isteri supaya menjaga penampilan meskipun sudah berumah tangga.

Haji Soud, mempunyai empat isteri tetapi pantang melihat perempuan berdahi licin hingga tergoda dengan Kelly, gadis penyampai berita TV.

Perubahan sikap dan penampilan Haji Soud dapat dibaca isterinya dan atas nasihat isteri tua, mereka berusaha mengubah penampilan diri, sikap yang tidak disenangi dan mengambil hati suami mereka.

Haji Soud menjadi keliru, tidak tahu siapa yang mahu dicerainya kerana jiwanya tergoda semula kepada semua isterinya.

Bagaimana kesudahan cerita ini, berjayakah mereka menghalang Haji Soud berkahwin lain dan menceraika­n salah seorang daripada mereka?

 ??  ?? LEE Byung
Hun
LEE Byung Hun
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia