Harian Metro

Tak perlu rampas bola

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Lincah dan licik. Itu kualiti jitu perlu ada pada pemain ragbi sentuh. Justeru tidak hairanlah ketika Kejohanan Ragbi Shah Alam 7’s & Ladies Touch 2017 Edisi Pertama anjuran Kelab Ragbi Shah Alam (SARC) baru-baru ini menyaksika­n kelibat pemain wanita begitu ligat di atas padang.

Mulanya gusar memikirkan keadaan sukan ini andainya pemain wanita perlu bergasak bagi merampas bola lawan, namun setelah dimaklumka­n jurulatih pasukan Kelab Ragbi

Shah Alam Kamilia Ab Kadir sukan ragbi sentuh berlainan dengan ragbi biasa.

“Ramai yang tidak mengenali sukan ini berpendapa­t ragbi terlalu kasar untuk wanita. Membanding­kan tubuh kecil memeluk kemas bola berkenaan berlari dalam padang luas, semestinya pemain perlu mempunyai ketahanan setara dengan lelaki. Itu skeptikal sukar diubah pada pandangan orang awam yang tidak begitu memahami sukan ini.

“Namun ada kategori atau jenis sukan ragbi mempunyai syarat lebih santai dan tidak membabitka­n aksi kasar menerusi ragbi sentuh. Dalam kejohanan ini, jenis ragbi ini dipertandi­ngkan untuk pemain perempuan.

“Apabila pemain yang membawa bola disentuh, mereka perlu menyerahka­n pada lawan. Permainan ini tidak membabitka­n ‘tackle’ namun rentak permainan laju diperlukan untuk skor. Selain bijak mengatur strategi dan kepantasan, stamina serta fokus kunci menentukan pasukan mempunyai kelebihan menguasai permainan,” katanya.

Bagi tonggak pasukan wanita SARC Farha

Emilyn Mohd Puzi, selaku pasukan baru dia berasa teruja dapat berentap dengan pasukan lain.

Katanya, dengan pengalaman itu, dia dapat memperbaik­i

 ??  ?? SORAKAN pasukan PSA sebelum berentap dalam padang.
SORAKAN pasukan PSA sebelum berentap dalam padang.
 ??  ?? INFO
Kejohanan Ragbi Shah Alam 7’s & Ladies Touch 2017 Edisi Pertama
Anjuran Kelab Ragbi Shah Alam (SARC) dan kolaborasi bersama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Mendapat 19 penyertaan (11 pasukan lelaki dan lapan...
INFO Kejohanan Ragbi Shah Alam 7’s & Ladies Touch 2017 Edisi Pertama Anjuran Kelab Ragbi Shah Alam (SARC) dan kolaborasi bersama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Mendapat 19 penyertaan (11 pasukan lelaki dan lapan...
 ??  ?? TINGGI lompatan dibuat
pemain ragbi.
TINGGI lompatan dibuat pemain ragbi.
 ??  ?? MENGELAK daripada disentuh.
MENGELAK daripada disentuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia