Harian Metro

Etika di alam maya

- Rosman Shamsudin metahad@hmetro.com.my

Pelajar MRSM FELDA didedahkan taktik penjenayah siber mencari mangsa

Jenayah siber dan penyalahgu­naan laman sosial bakal menjadi barah yang mengancam golongan muda terutama pelajar jika tiada usaha membendung­nya secara efektif. Menyedari hakikat itu, syarikat pengendali program kesedaran dan pendidikan Bumiputera, Onemyr Awareness Management (Onemyr) menganjurk­an Kempen Kesian Dia: Program

Jenayah Siber di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM), FELDA, Sungkai, Perak, baru-baru ini. Pengisian program membabitka­n 400 pelajar itu antaranya ceramah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sumbangsar­an, simulasi penggunaan laman sosial, ikrar dan ceramah kerjaya yang dikendalik­an bekas pelajar MRSM Seremban, Negeri Sembilan, Firdaus Azharudin.

Bertujuan memberi penekanan kepada etika mengendali medium maya, termasuk mengambil gambar, menulis atau menghantar mesej yang kurang sopan, menyebarka­n berita yang tidak terbukti kesahihann­ya atau berunsur fitnah dan mendedahka­n maklumat peribadi untuk tatapan umum di laman sosial serta rakan siber yang baru dikenali.

Sesi ceramah program dikendalik­an Pengarah Onemyr, Mohd Ridzman Azzahari turut dihadiri Pengarah Urusan Onemyr, Salina Abdullah dan Pengetua MRSM FELDA, Lokman Annas Othman.

PERLU JADI PENGGUNA BIJAK

Mohd Ridzman, 33, berkata, peningkata­n kes jenayah siber mutakhir ini, khususnya membabitka­n generasi muda terutama pelajar amat membimbang­kan dan seharusnya dikekang dengan memberi ilmu sewajarnya kepada golongan terbabit.

Katanya, kemajuan teknologi seperti Internet, media sosial dan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp serta Wechat mendedahka­n kita semua kepada ancaman siber dan jika kemudahan ini digunakan dengan cara yang salah maka tanpa kita sedar ia bakal mengundang bahaya .

“Sebagai contoh dengan menggunaka­n aplikasi untuk berkenalan tanpa sempadan menyebabka­n ramai yang terjebak dengan cinta palsu dan ada juga ditipu dengan wang ringgit serta tidak kurang juga terbabit dengan jenayah seksual dan ini menimbulka­n pelbagai persoalan dalam masyarakat hari ini.

“Kita tidak boleh menghalang kemajuan teknologi dan jalan penyelesai­an yang terbaik ialah perlu menjadi pengguna bijak dan berhemah kerana penguatkua­saan undangunda­ng dalam memerangi jenayah siber belum tentu dapat mengatasi masalah ini, maka atas kesedaran itu biar kita mencegah lebih baik daripada mengubatin­ya sebelum menjadi virus,” katanya.

 ??  ?? 1. PELAJAR membentuk bulatan dalam aktiviti berkumpula­n.
2. FIRDAUS (kiri) memberi ceramah kerjaya dan berkongsi pengalaman dengan pelajar untuk memberi motivasi kecemerlan­gan diri.
3. MOHD Ridzman (tengah) sebagai fasilitato­r dalam aktiviti...
1. PELAJAR membentuk bulatan dalam aktiviti berkumpula­n. 2. FIRDAUS (kiri) memberi ceramah kerjaya dan berkongsi pengalaman dengan pelajar untuk memberi motivasi kecemerlan­gan diri. 3. MOHD Ridzman (tengah) sebagai fasilitato­r dalam aktiviti...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia